Wan Zack Haikal Terpaksa Melupakan Aksi Musim Ini

| |

KUALA LUMPUR – Pasukan Selangor menerima tamparan hebat selepas pemain sayap, Wan Zack Haikal Wan Noor dijangka berehat lebih lapan bulan ekoran kecederaan ligamen krusiat anterior (ACL) yang dialami ketika aksi persahabatan menentang Home United, Selasa lepas.

Perkara tersebut disahkan oleh ketua jurulatih Gergasi Merah, B. Sathianathan selepas mendapat keputusan imbasan pengimejan resonans magnetik (MRI) yang dijalani oleh Wan Zack hari ini.

“Hasil ujian MRI pertama yang dilakukannya hari ini tidak begitu positif dan kami harap ujian kedua yang dilakukan pada esok memberikan sedikit kegembiraan buat pasukan.

“Jika apa yang kami takutkan berlaku yang mana dia mengalami kecederaan ACL, dia terpaksa berehat lebih enam bulan dengan tambahan dua bulan lagi untuk mendapatkan kecergasan penuh,” katanya kepada pemberita hari ini.

Sathianathan ditemui ketika aksi persahabatan pramusim menentang pasukan Singapura, Geylang FC di Stadium Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang yang terpaksa dibatalkan ekoran hujan lebat. – K! ONLINE

Previous

Giliran Faris Ramli Angkat Kaki Dari Perlis FA

Perlis FA Akan Selesaikan Gaji Tertunggak Bulan Mac Ini

Next

Leave a Comment

error: Content is protected !!