Video”Kepulangan anakku Al Hafiz” Moga keberkatan pada Norman Hakim sekeluarga,sebak admin.

 

(Tonton video penuh dibawah)
Video”Kepulangan anakku Al Hafiz” Moga keberkatan pada Norman Hakim sekeluarga,sebak admin.

MENJADI impian golongan bapa melihat darah daging mereka dapat mempraktikkan ajaran agama Islam dalam kehidupan selain berjaya dalam akademik.

Pelakon Mohamed Nurhakim Zaidon, 40, atau Norman Hakim juga tidak ketinggalan dalam hal ini. Dia teruja berkongsi tentang perkembangan memberangsangkan anak-anaknya.

Paling membanggakan apabila ketiga-tiga anaknya daripada perkahwinan terdahulu menunjukkan minat untuk mendalami ilmu keagamaan.

hidup berseri seri kalau cintai Al Quran

Muhammad Danish Hakim, 13, kini belajar di Madrasah Uthmaniyah Smart Tahfiz, Kajang, Selangor manakala Marisa Dania Hakim, 11, mengikuti pengajian di Darul Quran Wal Hadith As Sofa, Seremban, Negeri Sembilan.

Sementara Maria Danisha Hakim,8, biarpun tidak lagi memasuki sekolah agama sudah menunjukkan minat untuk mengikut jejak abang dan kakaknya.

“Kehidupan saya sekarang ini bagaikan dirahmati. Melihat anak-anak membesar dan menjalani kehidupan Islamik sebegitu menyebabkan saya turut sama terangsang untuk mengubah cara hidup.

“Saya juga teruja untuk memperbaiki kehidupan saya sekali gus menjadi contoh terbaik buat mereka.

“Yang saya harapkan agar mereka akan terus istiqamah dengan cara itu hingga besar nanti. Saya juga yakin Danish akan menjadi abang yang terbaik buat adik-adiknya,” kata Norman.

Yang terkini Norman menyambut anaknya yang menyambung pengajian Al Quran sebagai Hafiz di Turki

Muhammad Danish Hakim di lapangan terbang KLIA.Hati ayah mana tak gembira…rindu…bahagia…

pada anak yang pulang membawa cahaya keimanan.Terimakasih Allah,moga makin ramai ayah ayah seperti Norman Hakim ini in sha Allah.

tahniah anakku….

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *