[Video Penuh] Lihat Apa Yang Dilakukan Pemain Malaysia Keatas Penjaga Gol Thailand Sejurus Perlawanan Tamat

Video Dibawah

Episod mimpi ngeri, hajat penjaga gol Thailand Chatchai Budprom tidak berlaku sebaliknya pemilik nama ini mungkin tidak tidur lena selepas kegagalan Thailand melangkah ke final Piala AFF edisi kali ini.

Itu sahaja jawapan terbaik buat Chatchai di sebalik kata-kata angkuh pemain ini sehari sebelum aksi kedua saingan separuh akhir di Stadium Rajamanggala dengan menegaskan Thailand sudah bersedia untuk beri mimpi buruk buat Harimau Malaya pada Rabu.

Chatcai diberi amaran awal, ketika jaringan penyamaan Malaysia menerusi Syahmi Safari pada minit ke-28 menerusi jaringan yang cukup cantik gagal dinafikan Chatchai.

Di tambah dengan jaringan penyamaan kedua menerusi Norshahrul Idlan Talaha pada minit 71, kata kata Chatchat 24 jam sebelum sepak mula umpama sumpahan buat Gajah Perang meneruskan rekod tanpa kalah bertemu Malaysia di saingan Piala AFF.

Mungkin peluang sepakan penalti di saat akhir yang di perolehi Thailand beri kelegaan buat Chatchai, sekurang kurangnya dia tidak malu dengan keangkuhan sendiri walaupun
peluang itu hanya berlaku di saat akhir.

Di tambah dengan kredibiliti Adisak Kraison yang merupakan penjaring terbanyak setakat ini, kegirangan Thailand kembali menyemarakkan suasana di Stadium Rajamanggala walaupun hakikatnya kehampaan sebenar milik mereka, selepas kegagalan Adisak lunas peluang penalti membawa maksud perjalanan mereka tamat di separuh akhir sahaja bagi edisi kali ini.

Yang nyata kita melangkah ke final dengan menewaskan juara 5 kali Thailand walaupun masih ada lompong yang perlu perhatian segera pengendali negara Tan Cheng Hoe sebelum bermulanya final pertama Selasa depan.

Harimau Malaya sila mara dan jangan toleh belakang

Sumber Astro Arena & SMM Thaileague

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *