(Video) Gelembung Buaya Piya Masih Berbisa & Gol Puskas Import Perlis

Video dibawah

KANGAR 4 Jan. – Pemain skuad bawah 19 tahun negara, Zafuan Azeman menjadi bintang terbaharu yang mengesahkan menyertai Perlis dalam mengharungi saingan Liga Perdana musim depan.

Perkara itu diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) menerusi laman Facebook rasminya di sini hari ini yang mengesahkan Zafuan sah telah mengikat perjanjian dengan skuad Singa Utara itu.

Kehadiran Zafuan yang baru-baru ini menjalani sesi ujian bersama Kelab Serie B Itali, Venezia sekali gus bakal memperkuatkan jentera serangan Perlis.

Bersama Perlis, nama Zafuan sudah tidak asing lagi kerana pernah mencipta nama dengan pasukan itu dalam saingan Liga Perdana 2017.

Perlis yang sekian lama menyepi dalam arena bola sepak negara nampaknya begitu bersungguh-sungguh untuk mengembalikan zaman kegemilangan Singa Utara yang pernah menjadi antara kuasa bola sepak negara.

Antara pemain bintang yang sudah mengesahkan untuk bersama Perlis bagi mengharungi saingan Liga Perdana musim depan ialah Safee Sali; Badhri Radzi atau lebih dikenali sebagai Piya; Khyril Muhymeen; Azmi Muslim dan Amiridzwan Taj Tajudin. – UTUSAN ONLINE

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *