(Video) Adi Said Hanya Perlukan 20 Saat Untuk Jaringkan Gol

| |

 

ADI Said bukan nama besar yang dikenali dalam kancah bola sepak tempatan.

Bagaimanapun pemain import UiTM FC dari Brunei itu mencipta sejarah tersendiri apabila meledak gol terpantas pada hari pertama saingan Liga Perdana hari ini.

Adi membuka tirai jaringan hanya selepas 20 saat ketika membantu UiTM menewaskan PDRM 3-1 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, petang tadi.

Dia mencuri tumpuan apabila tidak menunggu lama untuk membuka akaun gol bersama pasukan barunya itu sebelum menambah satu lagi gol buat skuad kendalian Ismail Zakaria.

Kealpaan benteng PDRM yang kehilangan bola dalam kawasan sendiri mengundang padah selepas kesempatan itu disempurnakan Adi yang menewaskan penjaga gol Willfred Jabun untuk gol pembukaan sebaik perlawanan bermula.

The Lion Troops terus menghukum PDRM, kali ini menerusi serangan balas pantas disudahkan Adi yang mudah menggelecek Willfred sebelum menolak bola ke gawang ternganga pada minit ke-36.

Enam minit sebelum tamat, gawang PDRM bocor lagi selepas Robert Waly Lopez melakukan sepakan lencong untuk mengelirukan Willfred bagi gol ketiga UiTM namun PDRM memperoleh gol sagu hati menerusi sepakan penalti yang disudahkan Lee Chang Hoon pada minit akhir.

 

Previous

(Video Penuh) Dua Gol Dickson Nwakaeme Bantu Pahang Benam KL 3-1

SATU SEN PUN BELUM TERIMA – PIYA

Next

Leave a Comment

error: Content is protected !!