Syeriv Samheizy Tolong Ibu & Bapak Jual Baju Raya

 

Video penuh dibawah

Populariti pasangan pelakon Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam tidak perlu disangkal lagi.

Bagaimanapun, populariti Syatilla atau mesra disapa Tilla dan Sam dirampas anak lelaki mereka, Syeriv Samheizy yang kini berusia 10 bulan.

Perkara itu diakui Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 27, yang menyifatkan aura Syeriv atau nama panggilannya Mat Yip jauh lebih hebat.

“Tidak dinafikan sekarang Syeriv memang lebih popular daripada kami. Jika keluar berdua dengan Sam, orang akan tanya mana Syeriv. Jika kebetulan kami bawa bersama, orang lebih teruja nak bergambar dengannya.

“Perkara ini berubah 360 darjah daripada apa yang pernah kami lalui sebelum ini. Pendek kata, orang pun sudah tidak hairan dengan kami. Semuanya ingin Syeriv saja. Saya menganggap ini rezeki anak.

“Selain itu, di laman Instagram juga populariti Syeriv jauh meninggalkan kami. Setiap video yang dimuat naik ditonton lebih 100,000 kali dan mendapat jumlah ‘like’ lebih 50,000. Sedangkan kami susah nak cecah jumlah berkenaan,” katanya.

Syatilla yang juga pelakon Sha & Shah berkata, setiap hari dia mendapat mesej menerusi Direct Message (DM) Instagram yang bertanya mengenai gambar terbaru anaknya.

Disebabkan itu, baik di akaun Instagram miliknya atau Instagram Syeriv, Syatilla tanpa jemu memuat naik wajah dan perkembangan Syeriv.

“Alhamdulillah, saya bersyukur Syeriv disenangi dan disayangi. Semua yang menghantar mesej kepada saya menyatakan perkara sama iaitu suka melihat muka Syeriv. Disebabkan itu, hampir setiap masa saya memuat naik gambarnya.

“Jangan salah faham apa yang saya buat. Tujuannya bukan untuk mendapatkan perhatian atau ingin menjual muka anak, tetapi saya memenuhi permintaan pengikut di Instagram. Saya hanya ingin berkongsi kepada mereka. Bagi saya, ia tidak salah.

“Setakat ini, tidak ada lagi komen negatif atau menyampah dengan tindakan saya memuat naik gambar anak. Sebaliknya, ramai yang suka,” katanya.

Pada masa sama, Syatilla bersyukur sejak kehadiran Syeriv, dia dan Sam dilimpahi rezeki dalam pelbagai bentuk.

“Memang betul anak ini pembawa rezeki. Saya dapat rasakan perkara berkenaan. Sejak kehadiran Syetiv, rezeki kami suami isteri tidak pernah putus. Ada saja perkara dan berita gembira ditetima. Kalau bukan dalam bentuk wang ringgit pun, ia hadir dalam cara lain.

“Begitu juga rezeki untuk Syeriv apabila mendapat tawaran menjadi wajah beberapa produk. Kalau bukan dia seorang, ia turut membabitkan saya dan Sam. Kiranya, kami pun sibuk disebabkan Syeriv,” katanya.

SAM dan Syatilla bersama Syeriv.
Tambah anak

Melihatkan keseronokan Syatilla dan Sam membesarkan anak, Syatilla berkata dia bersedia menambah cahaya mata.

“Siapa yang tidak mahu tambah anak. Kami sentiasa berusaha, tetapi belum ada rezeki. Saya dan Sam sangat sukakan kanak-kanak. Jadi, kami memang tidak pernah merancang dalam soal anak.

“Bagi saya, anak adalah amanah Allah, malah daripada anak juga Allah turunkan rezeki. Kalau boleh, kami tidak mahu rezeki ini terputus,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Syatilla juga tidak menyangka Syeriv tercalon Top 5 dalam kategori Si Cilik MeleTop pada Anugerah MeleTop Era 2018 (AME 2018).

Menerusi kategori ini, Syeriv bersaing dengan Lara Alana (Awal dan Scha), Aaisyah Dhia Rana (Che Ta dan Zain), Ariff Jiwa (Asyraf Khalid dan Tya Ariffin) dan Yusuf Iskandar (Hanis Zalikha dan Hairul Azreen).

“Sejujurnya, ketika pencalonan awal saya tidak pernah undi atau minta peminat undi. Namun, apabila dimaklumkan Astro yang Syeriv tercalon Top 5, saya terkejut. Saya memang tidak menjangka peminat sanggup mengundi.

“Pada masa sama, saya beranggapan ini rezeki anak. Kalah atau menang bukan keutamaan. Lagipun, empat calon turut memiliki pengaruh besar. Macam sekarang pun, saya ada juga buat kempen mengundi. Kalau ada rezeki, adalah,” katanya.

Selain itu, Syatilla juga berkongsi yang anaknya bakal muncul dengan koleksi baju Melayu Mat Yip sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *