Syazwan Andik Perlu Bayar 1 Juta Jika Mahu Keluar Dari Kuala Lumpur FA

| |

Isu perpindahan pemain, tebus kontrak dan klausa pelepasan pemain menghangatkan kancah bola sepak Malaysia sejak kebelakangan ini, walaupun musim baharu Liga Malaysia belum lagi membuka tirainya.

Selepas ‘sejuk’ sedikit isu penyerang muda Kedah, Akhyar Rashid berpindah ke Johor Darul Ta’zim (JDT), kini peminat bola sepak tanah air dihangatkan pula dengan perpindahan pertahanan kiri muda negara, Syazwan Andik.

Berumur 22 tahun, merupakan tonggak utama Harimau Muda dan Harimau Malaya, beliau kuat dikaitkan dengan pasukan Gergasi Merah kendalian B. Sathianathan. Namun, kontraknya bersama Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) yang masih berbaki setahun menjadi penghalang buat masa ini.

Walaubagaimanapun, Setiausaha Agung KLFA, Nokman Mustaffa hanya membalas pendek kepada tonggak pertahanan berasal dari Skudai seandainya mahu mengangkat kaki daripada skuad ibu kota.

“Kalau mahu keluar, sila bayar RM1 juta lebih!”

“Nilai itu mengikut apa yang termaktub dalam klausa kontrak dua tahun yang telah ditandatanganinya. Jadi terpulang kepadanya untuk buat keputusan, kita tidak halang,” katanya kepada SukanSinar.

Angka tersebut tidak dapat dipastikan dengan jelas samada ianya berkenaan nilai tebus kontrak atau nilai klausa pelepasan seperti mana yang mula dilakukan oleh beberapa pasukan seperti JDT dan juga Selangor.

Sebelum menyertai Kuala Lumpur, Syazwan Andik bermain bersama pasukan simpanan Harimau Selatan, JDT II. Musim 2018, beliau membuat keputusan untuk bersama Kuala Lumpur yang mendapat kenaikan pangkat ke saingan Liga Super.

Nokman Mustaffa bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai rundingan ‘pintu belakang’ di antara pemain tersebut bersama wakil pasukan yang berminat menurut laporan daripada SukanSinar.

Previous

Perlis Buru Khidmat Liridon Krasniqi

Mana gaji kami??

Next

Leave a Comment

error: Content is protected !!