Sweet Betul Bila Shahir Erra Fazira Main Tik Tok Bersama

(Video penh dibawah)

“Shahir datang beraya bukan merisik” – Erra Fazira

PETALING JAYA: Pelakon Erra Fazira menjelaskan kunjungan Shahir Zawawi bersama keluarga pada 1 Syawal lalu dengan tujuan untuk beraya dan bukan merisik.

Erra atau Fazira Wan Chek, 44, berkata, kunjungan tersebut disifatkan bukan dengan tujuan istimewa untuk hubungan mereka.

“Saya sudah lama kenal dengan keluarganya. Tiada sebarang perbincangan atau majlis merisik diadakan.

“Mereka hanya datang beraya sahaja. Malah tiada masakan istimewa pun untuk dia hanya juadah raya saja,” katanya kepada mStar Online.

Erra ditemui pada majlis pelancaran filem Bikin Filem yang diadakan di The Strand di sini, pada Jumaat.

Erra turut memberitahu bahawa hubungannya dengan penyanyi Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu tidak mempunyai sebarang perkembangan terbaharu.

Katanya, dia dan Shahir masih lagi pada fasa berkawan seperti yang diberitahu sebelum ini.

“Pakai pun tidak sedondon. Anda pasti dengan kecewa dengan jawapan saya kerana kami masih berkawan dan terimalah jawapan itu untuk masa sekarang,” katanya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *