Senarai Pasukan Yang Dijangka Akan Menyertai Pesta Bola Merdeka 2019

| |

1.) India

2.) Chinese Taipei

3.) Indonesia

4.) Malaysia

 

 

KUALA LUMPUR: Kalendar bola sepak 2019 nyata akan lebih berseri selepas Pestabola Merdeka yang ‘hilang’ selama lima tahun akhirnya membuat kemunculan semula tahun ini.

Memegang status sebagai antara kejohanan tertua di benua Asia, mengatasi Piala Raja Thailand dan Piala Korea Selatan, Pestabola Merdeka adalah kejohanan jemputan yang mula membuka tirainya pada 1957.

Kejohanan berprestij itu diadakan bertujuan meraikan ulang tahun Kemerdekaan Malaysia dan meskipun dijadikan acara tahunan, ia pernah tidak dilangsungkan untuk beberapa edisi atas faktor yang tidak dapat dielakkan.

Kejohanan terbabit mencapai detik gemilangnya pada era 1960-an hingga 1980-an apabila disertai gergasi bola sepak Asia seperti Korea Selatan dan Jepun yang menghantar pasukan utama mereka sebelum mula disertai pasukan dari benua lain seperti Eropah dan Amerika Latin.

Edisi pertama Pestabola Merdeka diadakan pada Ogos dan September 1957 yang menyaksikan Pilihan Liga Hong Kong menjuarai kejuaraan sulung itu.

Bagaimanapun, Malaysia menunjukkan taring sebagai tuan rumah apabila menjuarai 10 edisi termasuk dua yang dimenangi skuad Bawah 23 tahun negara (B-23) diikuti Korea Selatan, Myanmar dan Indonesia.

Malah, Pestabola Merdeka turut bersifat ‘universal’ yang menyaksikan ia dirangkul pasukan dari luar benua Asia seperti Pilihan Buenos Aires, Pasukan Olimpik Czechoslovakia, Hamburger SV dan SK Admira Wacker.

Sementara itu, bekas pertahanan kebangsaan, Datuk Santokh Singh menegaskan saingan itu tetap relevan meskipun saingan itu sudah berusia lebih 60 tahun.

“Pestabola Merdeka ini ada prestij yang tersendiri dan cadangan yang bagus untuk menghidupkan semula saingan Pestabola Merdeka selepas tidak dilangsungkan selama lima tahun.

“Apa yang saya harapkan daripada penganjuran kali ini adalah semua pasukan termasuk Malaysia dapat menghantar pasukan terbaik seperti yang pernah dilakukan sebelum ini.

“Saya yakin edisi kali ini akan mendapat sambutan yang hangat penyokong kerana mereka sudah tentu tidak sabar untuk menantikan pasukan negara beraksi,” katanya.

Senarai juara Pestabola Merdeka

1957 Pilihan Liga Hong Kong

1958 Malaya

1959 Malaya

1960 Malaya dan Korea Selatan (juara bersama)

1961 Indonesia

1962 Indonesia

1963 Taiwan

1964 Burma

1965 Korea Selatan dan Taiwan (juara bersama)

1966 Vietnam Selatan

1967 Yangzee FC dan Myanmar ((juara bersama)

1968 Malaysia

1969 Indonesia

1970 Korea Selatan

1971 Myanmar

1972 Korea Selatan

1973 Malaysia

1974 Malaysia

1975 Korea Selatan

1976 Malaysia

1977 Korea Selatan

1978 Korea Selatan

1979 Korea Selatan B dan Malaysia (juara bersama)

1980 Maghribi

1981 Iraq

1982 Pilihan Santa Catarina

1983 Pilihan Buenos Aires

1984 Korea Selatan B

1985 Korea Selatan B

1986 Malaysia

1987 Pasukan Olimpik Czechoslovakia

1988 Hamburger SV (Jerman Barat)

1989–90 Tidak dianjurkan

1991 SK Admira Wacker

1992 Tidak dianjurkan

1993 Malaysia

1994 Tidak dianjurkan

1995 Iraq

1996–99 Tidak dianjurkan

2000 New Zealand

2001 Uzbekistan

2002–05 Tidak dianjurkan

2006 Myanmar

2007 Skuad B-23 Malaysia

2008 Skuad B-22 Vietnam

2009–12 Tidak dianjurkan

2013 Skuad B-23 Malaysia

2014–18 Tidak dianjurkan

Previous

Mo Salah Ugut Keluar Liverpool Jika Pemain Ini Hadir di Anfield

(Video) Gelembung Buaya Piya Masih Berbisa & Gol Puskas Import Perlis

Next

Leave a Comment

error: Content is protected !!