Selamba tiga sekawan ni menyanyi tengah2 orang ramai kat Jepun

Isteri kepada penyanyi Black Hanifah, 31, Naquia Yasirah Mohd. Khairi atau Cira, 33, disahkan hamil lima bulan selepas diuji dengan tiga kali keguguran dalam usaha mereka memperoleh anak kedua.

Black atau nama sebenarnya Hanifah Hanafiah memberitahu, perkhabaran tersebut amat menggembirakan dia serta seisi keluarga sementelah anak sulungnya, Khaleef Dayyan memasuki usia tiga tahun.

“Jujurnya, kami memang terkejut apabila doktor sahkan kandungan dah masuk dua bulan. Sedangkan, berdasarkan tiga kehamilan sebelum ini, belum sempat kandungan cecah usia dua bulan, dah gugur.

“Berbanding sewaktu mengandungkan Khaleef, kali ini Cira alami alahan yang lebih teruk. Kalau minum air kosong dan terhidu bau ubat-ubatan, dia akan muntah. Nak tak nak, terpaksalah dia minum air manis atau berperisa.

“Bahkan, sepanjang trimester pertama, Cira juga sukar untuk bangun dan keluar berjalan-jalan kerana mual dan loya. Jadi, dia banyak berehat dengan baring atau tidur,” jelasnya kepada Utusan Online.

“Alhamdulillah, hajat untuk timang cahaya mata kedua bakal direalisasikan pada November ini dan mudah-mudahan semuanya dipermudahkan Allah,” katanya yang mendirikan rumah tangga pada 13 September 2013.

Menurut penyanyi Selamat Tinggal Masa itu, dia begitu mengharapkan supaya dikurniakan seorang bayi perempuan bagi melengkapkan sepasang jantina anaknya.

“Imbasan telah pun dibuat tetapi doktor belum jelas lagi jantina yang tepat kerana kedudukan bayi yang menghalang imej imbasan,” tambahnya. – UTUSAN ONLINE

Selamba tiga sekawan ni menyanyi tengah tengah orang ramai kat Jepun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *