Sedap Juga Mr Grey Karaoke Lagu Jiwang

 

Layan video penuh dibawah

PELAKON drama Mr Grey, Fendy Bakry menafikan dirinya sakit teruk dan tenat seperti yang diperkatakan, baru-baru ini.

Fendy atau Mohd Affandi Nor Bakri, 30, juga menyeru kepada peminat agar tidak mempercayai cerita yang tersebar.

“Assalamualaikum kesayangan abam (abang). Untuk makluman semua, abam sihat saja di sini. Sakit pun sikit saja, tidak sampai teruk macam yang hampa (anda) tengok. Ironman pun boleh sakit, takkan abam yang macam ni tidak boleh sakit.

PAPARAN keterangan Fendy menerusi Instastory. FOTO Instagram Fendy Bakry
“Cuma sekarang, mendoakan yang baik-baik untuk abam. InsyaAllah abam okey. Jangan dengar berita dari mana-mana. Hampa pun tidak tahu kadang berita itu kena atau tidak,” tulisnya menerusi Instagram Story miliknya.

Menerusi status sama, Fendy berjanji untuk berkongsi cerita sebenar membabitkan kesihatan dirinya.

“Tidak mengapa, esok-esok abam sudah betul-betul sihat abam akan cerita kepada hampa.

“Sekarang ini pun abam hanya memerlukan rawatan dan bukan untuk dilawat. Kalau nak bagi hadiah, tidak perlu bersusah payah. Kirimkan doa saja. Itu pun sudah besar rahmat,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *