SATU SEN PUN BELUM TERIMA – PIYA

SATU SEN PUN BELUM TERIMA – PIYA

SATU SEN PUN BELUM TERIMA, PIYA SAHKAN AKAN ANGKAT KAKI JIKA PERLIS TERUS GAGAL BAYAR GAJI

Kemelut kewangan yang membelenggu pasukan Perlis menyaksikan pasukan itu mungkin kehilangan seorang demi seorang pemain bintang seperti Safee Sali, Badhri Radzi, Amiridzwan Taj Tajuddin dan Khriyl Muhimeen jika masalah gaji pemain tidak diatasi segera.

Badhri atau Piya mengesahkan kepada LA BOLA MALAYA bahawa dia akan angkat kaki meninggalkan pasukan itu jika Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) masih gagal melunaskan gaji mereka yang kini sudah dua bulan ‘sangkut’.

Menurut Piya, dia sudah ‘letih’ mendengar pelbagai janji dan alasan yang diberikan pengurusan dan hanya akan memberi masa beberapa hari sahaja lagi kepada PFA untuk menunaikan janji mereka.

“Sudah dua bulan saya bersama Perlis, sehingga kini satu sen pun saya belum terima daripada mereka. Sudah beberapa kali mereka menangguhkan dan terkini, pengurusan berjanji akan membayar pada 3 Februari (esok).

“Tapi, esok adalah cuti hujung minggu, sebarang urusan bank tidak dapat dijalankan. Selepas itu, kita akan cuti Tahun Baru Cina pula. Jadi, kita tunggu dan lihat.

“Kami, pemain-pemain senior sudah sepakat hanya memberi peluang sehingga perlawanan pertama menentang UKM, malam esok. Jika selepas perlawanan itu keadaan tidak berubah, saya akan angkat kaki. Setakat ini sudah ada pihak yang mahu membantu saya menyertai pasukan lain,” ujar Piya.

Kredit foto: Perlis FA & La Bola Malaya

Leave a Comment

error: Content is protected !!