“Sampai Macam Tu Sekali Manusia Iri Hati Kerana Saya Anak Didie Alias.” Biar Pedih Didengar, Tapi Niya Buktikan dengan Anugerah Dekan

 

“Sampai Macam Tu Sekali Manusia Iri Hati Kerana Saya Anak Didie Alias.” Biar Pedih Didengar, Tapi Niya Buktikan dengan Anugerah Dekan

 

BUKAN mudah bergelar anak kepada seorang selebriti, lebih-lebih lagi artis seperti Didie Alias yang memang cukup sinonim bukan sahaja pada komedinya tetapi juga keberaniannya tampil sensasi terutama menerusi busana ‘eksperimental’ dan ‘luar biasa’ sehingga kadang menimbul kontroversi pada pandangan umum.

Begitulah dilalui Nur Dhaniyah Mohd Ridzun, 25, atau lebih mesra disapa Niya, yang baru saja menerima ijazah Bachelor of Multimedia Technology (Hons) in Interactive Multimedia Design (2014-2017) pada Majlis Konvokesyen UniKL 2018.

Menurut Niya yang terdahulu memperoleh Diploma in Multimedia (2011-2014) juga dari UniKL, meskipun pedih untuk menerima kata-kata nista yang dilemparkan kepada ibunya yang dipanggil Mummy, namun, Niya dan adik-beradiknya lebih mengenali siapa wanita cekal bernama Didie Alias itu sebagaimana dikongsinya kepada Kampus Uols…

 

Susah tak jadi anak Didie Alias?

Just nak experience when I first enter UniKL (diploma years), biasalah bila ada student yang jealous-jealous dekat campus ni. Tu saya tak kisah kalau ada yang iri hati sebab memang sifat manusia. Tapi ayat yang sampai sekarang saya ingat dan menyakitkan hati saya sebab dia usik nama mak saya. Kerana jealouskan result saya di dalam kelas dia tulis di dalam blog dia dengan mengutuk, menghina apa rezeki yang mummy cari adalah bersumberkan duit haram. “Mak cari rezeki haram sama lah dapat anak haram (referring to me)”. Sampai macam tu sekali manusia iri hati kerana saya anak kepada Didie Alias. padahal mummy tak buat salah apa pun.

Tapi bagi saya tu hanya dugaan menjadi anak seorang public figure. Segala kecaman yang mummy dapat kadang-kadang kami terkena jugak tempiasnya tapi kami anak-anak ikut cara mummy. Macam dia selalu kata; “buat don’t know je. Lagi layan lagilah meleret.”

Berkongsi kegembiraan bersama keluarga tersayang.

Mummy tegas tak?

Mummy lebih kepada serious kalau dekat rumah. Ada time kelako dia, ada time serious dia. Dekat rumah dia adalah seorang ibu, dekat luar dia Didie Alias, seorang penghibur yang nak cari rezeki untuk anak-anak dia.

Ada tak kata-kata mummy yang terkesan kepada Niya?

Hahaha… saya kena gelak dulu sebab kata-kata ni lah yang buat saya semangat nak belajar. Masa diploma saya tak apply pinjaman MARA sebab mummy takut saya akan ulangi result SPM saya tu dulu. So dia takut tak berbaloi kang pinjam banyak-banyak tapi tak mampu bayar sebab anak belajar, result teruk. Alhamdulillah, saya passed diploma dengan menerima Anugerah Dekan sepanjang pengajian.

Bila orang semua tanya kenapa tak ambil pinjaman MARA, rugi dah kalau tak, boleh jadi scholarship (waktu tu lah). Mummy pun jawab “Ingatkan kakak tak pandai..” (Hahaha…) Sampai sekarang saya tak boleh lupa.

Sepanjang jalan pengajian…

Walaupun UniKL adalah pilihan terakhir saya selepas tidak diterima masuk ke IPTA kerana result yang tidak memuaskan, saya bersyukur sangat-sangat saya di UniKL sebab macam-macam saya belajar. Saya merupakan pelajar yang aktif di UniKL, dan boleh kata semua staf,student dan lecturer mengenali saya kerana terlalu aktif dengan semua aktiviti.

Saya juga pernah memegang jawatan Vice President Student Representative Council (MPP), saya jugak aktif sukan netball, saya mewakili UniKL untuk program-program innovation, final year project competition, pernah memenangi International Award untuk PSA Video di International Kuala Lumpur Eco Film Festival 2016 dengan group mate saya.

Senang cerita UniKL ada banyak peluang untuk student join macam-macam jenis activities. Saya enjoy belajar di UniKL! Pengalaman paling saya tak boleh lupa sebab di UniKL jugalah saya berjumpa dengan suami saya, Mohd Razi Shahriman.

Di sisi suami, Mohd Razi Shahriman dan putera tersayang, Muhammad Seth Shahriman.

Sebagai tanda penghargaan nan tiada ternilai buat mummy tersayang, Niya turut menitip kata-kata menerusi status IG pada hari pengijazahannya…:

In everything I do, she’s always there to be my cheerleader. Be it sports or academics. I am not the smartest in the class, nor the best student during my highschool days. I failed my addmaths, skipped geography classes, climbed the school gate for McDonald (konon gangster, but am not!) Hahaha… “Sudah terhantuk baru terngadah.” Best described my highschool experiences.

That moment I got accepted into UniKL, to that moment also I started to ‘muhasabah diri’. All I can thin about at THAT moment is to make her proud.

I thought I have sacrificed a lot! Nope, I was wrong. That was literally 10% of her sacrifices for our family.

Eventho she never checked on our homework or to bother on how many subjects we took every semester (because she’s super busy bee) she’s still there to monitor in silent. All we have to give is a good result. Not to please everyone, but only her.

Mummy, kakak dah buat habis baik untuk banggakan mummy and jadi contoh untuk adik-adik. It’s tru everybody has their own struggles. And this is ours, we did it mom. We have climbed the mountain together.

#UniKLProud #weareUniKL #UniKLConvo2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *