Safee Sali mula risau

| |

Penyerang Perlis, Safee Sali, mengakui Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) telah berjanji untuk membuat pembayaran gaji kepada pemain musim ini sebelum sepak mula Liga Malaysia (Liga-M), Jumaat ini.

PFA dilanda kemelut tunggakan gaji membabitkan pemain lama dari musim 2016.

Mereka perlu menyelesaikan masalah itu dalam tempoh 60 hari dari tarikh yang telah dipersetujui, iaitu 28 Disember lalu.

Belum reda dengan isu tunggakan gaji lama berkenaan, PFA terus dihimpit dengan kemelut yang sama apabila difahamkan mempunyai tunggakan gaji selama dua bulan dengan pemain musim ini pula.

“Seperti yang dijanjikan, mereka akan melunaskan pembayaran itu sebelum bulan depan.

“Saya masih menunggu dan mengharapkan sesuatu akan dilakukan menjelang hujung bulan ini,” kata Safee.

Bekas penyerang kebangsaan itu berjanji untuk mempertahankan hak rakan-rakannya andai PFA gagal untuk melunaskan pembayaran dalam tempoh yang dijanjikan.

“Saya akan memastikan kami tidak akan menghadapi masalah tunggakan gaji lagi.

“Jika ia tejadi lagi, saya akan melakukan sesuatu supaya pihak pengurusan akan menjelaskan pembayaran.

“Apa-apa masalah yang dihadapi mereka perlu diselesaikan tanpa menjejaskan pemain musim ini,” tambahnya.

Previous

Perlis FA Akan Selesaikan Gaji Tertunggak Bulan Mac Ini

Info Live Liga Super 2019

Next

Leave a Comment

error: Content is protected !!