Power betul Ella menyanyi kat parking lot Legend betul

walaupun pada usia 52 tahun dan sudahpun berhijab, Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin, masih terus memegang dan menjadi ‘pemilik’ gelaran Ratu Rock. Namun, apakah gelaran Ratu Rock itu memberi tekanan kepada beliau?

“Mula-mula tu memanglah takut. Tapi sebenarnya itu adalah satu penghargaan daripada peminat dan para wartawan. Saya nak ucapkan terima kasih walaupun benda itu berat nak dipikul tapi yang penting saya hanya menjadi diri saya sendiri,” ujarnya dalam wawancara bersama Mediacorp.

Mengulas Anugerah Khas Planet Muzik yang mengiktiraf pencapaian Ella sepanjang hayatnya dan diberikan kepadanya dalam acara gilang gemilang di Singapura itu, beliau melahirkan rasa cukup bersyukur bahawa sumbangannya diiktiraf.

“Terharu sangat. Terima kasih kepada APM dan kepada semua peminat. Saya berterima kasih, bersyukur kepada Allah SWT. Ini adalah satu penghargaan yang besar atas sokongan peminat dan penyokong saya selama 30 tahun,” komen Ella.

Penyanyi kelahiran Pulau Pinang itu pernah juga mencuba nasib sebagai pelakon dan membintangi filem-filem seperti Bayangan Maut (1990), Pemburu Bayang (1992), Hanya Kawan (1997) dan KIL (2013).

Sumber : MedIa Corp

Power betul Ella menyanyi kat parking lot, legend betul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *