Pesanan buat Pok Ya Cong Codei dari UK, sek kito jange pecoh

‘Pok Ya Cong Codei 2’ Akan Datang?

Sebut sahaja pok ya cong codei siapa tidak kenal kan, Pok Ya Cong Codei yang viral pada bulan Januari lalu bakal ada sambungan? Tak sabarnya

PELAKON dan pengarah Sabri Yunus tidak menolak bakal menerbitkan telefilem sekual Pok Ya Cong Codei yang menjadi tular baru-baru ini.

Sabri, 57, berkata, dia akan bertemu dengan pihak pengurusan Astro bagi berbincang mengenai perancangan tersebut.

“Belum jadi lagi tetapi perbincangan ke arah itu memang ada malah saya akan bertemu dengan pihak Astro bagi membincangkan mengenai perkara itu.

“InsyaAllah kalau tiada halangan dan betul hal tujunya pasti akan ada Pok Ya Cong Codei 2,” katanya kepada mStar Online

Dalam pada itu, Sabri berkata, dia tidak tertekan untuk menghasilkan sekual tersebut walaupun menyedari harapan penonton tinggi.


Sebaliknya kata Sabri, dia tidak mahu terikat dengan kejayaan diraih Pok Ya Cong Codei kerana paling penting jalan cerita perlu menarik.

“Apa sahaja boleh berlaku dalam jalan cerita sekual itu nanti dan saya tidak mahu berfikir tentang kejayaan diraih sebelum ini sebaliknya fokus dengan apa yang ingin saya ketengahkan.

“Ia boleh jadi diterima baik atau sebaliknya dan perkara itu saya tidak dapat diramal cuma paling penting sebagai penulis, pengarah dan pelakon saya perlu berikan yang terbaik,” katanya.

Pok Ya Cong Codei yang ditayangkan pada 20 Januari lalu menjadi tular disebabkan perkataan Concorde yang dieja sebagai Cong Codei selain jalan ceritanya yang menarik.

Sumber : Mstar Online

Pesanan buat Pok Ya Cong Codei dari UK, sek kito jange pecoh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *