Persembahan kreatif budak sekolah zaman sekarang.. Kelakar dan terhibur.

 

(video dibawah)

 

Kesilapan Terburuk Remaja Zaman Sekarang
Zaman remaja memang mengasyikkan. Pada waktu inilah anda berada pada usia yang baru nak meningkat naik ke alam dewasa. Pada masa yang sama, waktu inilah juga di mana anda perlu mula merancang untuk kehidupan yang lebih baik atau terus bersukaria. Ada 13 kesilapan terburuk zaman remaja yang kerap berlaku apabila seseorang itu melangkah ke alam remaja.

Bahagian yang terbaik pada usia remaja ini boleh ditentukan sekiranya anda dapat mengenalpasti bagaimana nak berdepan dengan situasi dunia yang sebenar. Pilihan yang kurang tepat boleh mengakibatkan ia berkekalan dalam masa yang panjang, contoh yang paling mudah ialah tidak membuat simpanan wang yang mudah diabaikan.

Nasihat yang ditulis berkaitan 13 kesilapan terburuk zaman remaja ini dihimpunkan dari golongan usahawan dan penulis-penulis mutiara kata berbentuk nasihat. Ini adalah himpunan kesilapan terburuk yang perlu dielakkan bagi mengembangkan ciri-ciri profesional dan hidup secara positif.

1. Menyangka pendidikan dan bakat sudah cukup untuk berjaya
Bakat semulajadi, kebijaksanaan dan ijazah dari universiti elit sudah cukup bagus untuk dimiliki. Tetapi itu semua bukanlah jaminan untuk anda mendapatkan kerja yang terbaik. Ia semua tak bermakna untuk dibandingkan dengan kerja keras.
Apabila anda sudah beransur tua, anda akan sedar bahawa anda tidak lagi boleh bersukaria seperti di kolej atau universiti. Aktiviti keluar minum di waktu malam boleh menjadi sesuatu yang tidak sihat. Terlibat dengan gejala rokok, vape dan diet yang tidak sihat boleh mendorong kepada gejala sosial.

2. Tidak mula menyimpan wang
Hasil tinjauan terhadap 1,000 orang secara rawak, 69% daripada mereka yang berumur 18 hingga 29 tahun tidak membuat simpanan persaraan. Memang benar waktu persaraan masih jauh, namun langkah menyimpan wang untuk persaraan adalah untuk diri anda sendiri.
Jika anda tidak melakukannya hari ini, pasti anda tidak dapat menentukan kepentingannya di kemudian hari. Anda tidak perlu membuat simpanan yang terlalu tinggi sebagai permulaan, jadi mulakanlah dengan jumlah yang kecil dahulu. Kemudian tingkatkan ia sedikit demi sedikit.

3. Sangat gembira dengan wang
Pembayaran gaji atau cek boleh membuat anda gembira, tetapi anda harus tahu bahawa lebih banyak kegembiraan yang lebih bermakna berbanding wang. Lama kelamaan anda akan mula berasa kesal kerana mengejar wang berbanding dengan mengejar kejayaan anda.

4. Putus asa bila cabaran semakin sukar
Putus hubungan dengan teman lelaki atau teman wanita, dipecat dari kerja dan lingkup dalam bisnes boleh menghanguskan impian anda bila ia berlaku untuk kali pertama. Daripada anda terus berputus asa atau mensasarkan target yang lebih rendah dilain kali, gunakan kegagalan anda sebagai peluang untuk belajar dan memperbaiki diri anda. Remaja zaman sekarang.

5. Membiarkan orang lain membuat keputusan
Bila anda baru hendak memulakan karier anda dan masih belum pasti mana arah yang nak dituju, barangkali anda akan membiarkan orang lain memilih jalan untuk anda. Usah biarkan pendapat orang lain mempengaruhi cita-cita anda. Jika orang lain yang menentukan kerjaya anda, maka anda sampai bila-bila akan bergantung pada orang lain.

6. Kurang sabar
Anda tidak perlu berkahwin terlalu awal. Bersabarlah sementara kerjaya anda baru nak bernafas. Fokus pada rancangan semasa. Jika hendak berkahwin sekali pun anda tetap perlukan persediaan wang, tempat dan masa. Jika masih belum mampu tangguhkan dulu perkahwinan anda.
Ada juga yang mahu memiliki kereta. Baru keluar universiti sudah merancang untuk membeli kereta baru. Bukan jenama tempatan jadi pilihan, tapi jenama dari luar negara. Memiliki kereta memang semudah ABC, tapi untuk kos minyak, tol dan selenggara bulanan boleh membocorkan poket anda.
Carilah pengangkutan yang bukan sekadar mampu milik, tapi mampu bayar, mampu jimat dan mampu selenggara. Bukan sekadar jadi hiasan di mata orang tapi diri sendiri terpaksa ikat perut. Nak hantar wang pada ibu bapa pun berkira. Silap percaturan anda yang minta duit pada mereka.

7. Mahu puaskan hati semua orang
Berkawan dengan rakan sekolah, rakan sekolej atau rakan sekerja boleh memberi manfaat kepada anda. Namun bukanlah sepanjang masa anda boleh bersama dengan semua orang. Sebaik sahaja anda mula bekerja, sudah menjadi kebiasaan untuk anda berkawan dengan majikan, rakan sekerja, pelanggan dan pekerja di bawah anda.
Daripada anda terasa hati dengan seseorang yang tidak sukakan anda, terima sahaja dan jalan terus. Jika ada seseorang yang membenci anda, itu adalah sesuatu yang normal. Hentikan kerisauan tentang perkara tersebut dan buat sahaja kerja anda.

8. Setiakawan akan kekal selamanya
Adakah rakan sekolah dan sekolej akan menjadi rakan baik sepanjang hidup anda? Belum tentu lagi. Sebahagian besar dari mereka akan hidup di alam keluarga sendiri. Bila rakan anda sudah tidak tinggal di daerah yang sama, anda akan sedar siapa yang lebih penting dalam hidup anda dan berusaha untuk mengekalkan hubungan dengan mereka.

9. Berpindah ke suatu tempat akan selesaikan masalah
Mengembara dan tinggal di suatu tempat boleh menambah pengalaman. Harus diingat ia adalah aktiviti yang memerlukan kos wang dan masa. Pada usia 20an adalah waktu yang terbaik untuk anda untuk mencari makna dan arah kerjaya anda. Carilah kerja atau bisnes yang boleh memberikan anda peluang untuk menjana wang dan mengembara sekaligus.

10. Menjarakkan hubungan sesama sendiri
Penting untuk anda membina hubungan dengan rakan sekolej dan rakan dari industri yang berbeza. Tinggal tetap dalam sesuatu bidang hanya akan berputar di dunia sendiri. Usahakanlah untuk keluar dari kepompong kebiasaan.
Orang di sekeliling anda boleh memberi impak secara langsung terhadap kejayaan dan kegagalan anda. Kesannya boleh dilihat dari cara anda berpakaian dan berapa banyak latihan yang anda buat. Jika anda mahu hidup dalam kejayaan dan kegembiraan, anda perlu menguasai pembinaan hubungan dengan orang baik yang menghormati anda dan lepaskan hubungan dengan orang yang negatif.

11. Mencari jodoh yang sempurna
Anda takkan jumpa jodoh yang sempurna. Jodoh yang anda mahukan tidak akan wujud melainkan anda sendiri yang berusaha untuk mencapai jodoh tersebut. Ada remaja yang mengambil keputusan untuk bersendirian pada usia 20an. Yang lain sudah mula mencari orang yang tepat untuk dikahwini.
Sebahagian yang lain hanya berfantasi untuk hubungan yang tidak serius. Ketahuilah hubungan perkahwinan yang bermakna memerlukan dedikasi dan usaha dalam jangka masa yang panjang. Pengorbanan haruslah dilakukan dari masa ke semasa dan bukan sekali sekala.

12. Merancang setahun lebih awal
Adalah sukar untuk menjangkakan bila anda akan berkahir dan apa yang anda mahu lakukan. Elakkan daripada terlalu bergantung pada perancangan gila untuk tempoh 5 tahun. Carilah matlamat yang boleh dicapai dalam masa yang singkat.

13. Mereka fikir hanya merekalah yang berusaha
Mereka yang berusia 20an masih perlu berusaha untuk bekerja keras membina kerjaya sendiri. Anda akan lihat rakan-rakan anda yang lain lebih berjaya berbanding anda. Sebenarnya tidak, setiap orang akan sentiasa berusaha untuk berjaya dan mengekalkan kejayaan.

Kesimpulannya, anda perlu buat keputusan dengan matang. Pastikan keputusan yang dipilih akan memberi kebaikan kepada anda dan keluarga. Seperti kata pepatah, “sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna”. Moga perkongsian kesilapan remaja zaman sekarang ini dapat membuka mata anda. Agar anda mampu membuat keputusan yang lebih baik.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *