Pasukan JDT Hanya Underdog Musim Ini

| |

KUALA LUMPUR: Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan pasukan lain tidak perlu bimbang dengan status juara Liga Super lima kali berturut-turut yang kini dipegang skuad Harimau Selatan.

Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) berkata demikian selepas melabelkan JDT pada musim ini hanya sebagai pasukan bukan pilihan atau ‘underdog’.

“Pada tahun ini, JDT hanyalah pasukan ‘underdog’. Tidak perlulah semua perkara sehinggakan surat khabar, media, laman sukan tidak rasmi, pasukan termasuklah pemain daripada pasukan lain asyik bercakap mengenai JDT sahaja.

“Banyak lagi pasukan dalam negara ini. Jadi, tidak perlu risaukan kami kerana kami hanyalah pasukan ‘underdog’ dan awak semua legenda. Kami hanya kelab kecil yang bercita-cita tinggi,” kata TMJ dalam kenyataan di Facebook rasmi kelab, JOHOR Southern Tigers, hari ini.

JDT dilihat melakukan persiapan rapi untuk mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) dan Liga Juara-Juara Asia (ACL) dengan mengikat beberapa pemain baharu termasuk bekas penjaring terbanyak Liga Thailand, Diogo Luis Santo.

Malah, Harimau Selatan membawa masuk dua pemain muda Harimau Malaya, Akhyar Rashid dan Syazwan Andik Ishak bagi memperkuatkan lagi skuad itu.

Previous

Info Live Liga Super 2019

Hafizul Hakim Tekad Kecewakan JDT

Next

Leave a Comment

error: Content is protected !!