Pablo Dollah Yakin Pahang Mampu Kekal Teratas Liga

| |

KUANTAN: Dollah Salleh memuji persembahan mantap skuad Pahang yang mengutip tiga mata selepas menewaskan FELDA United FC 3-1 di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Maran malam tadi.

Pengendali skuad Tok Gajah itu berkata, kemenangan berkenaan sememangnya dinantikan untuk mengukuhkan kedudukan dalam saingan Liga Super.

“Tidak dinafikan saya berpuas hati dengan komitmen semua pemain yang mencapai misi mengutip tiga mata di tempat lawan,” kata Dollah.

“Kemenangan ini juga meletakkan skuad Tok Gajah pada prestasi terbaik untuk mengukuhkan kedudukan di tahkta liga.”

Sementara itu, pengendali The Fighters, Mohd Nidzam Jamil ternyata kecewa kerana kelab itu gagal untuk mengutip sekurang-kurangnya satu mata.

Katanya, biarpun skuad itu berjaya menyamakan kedudukan 1-1, kealpaan pemain untuk mengekang asakan lawan menafikan keputusan positif buat kelab itu.

“Sebaik ketinggalan 2-1, kita berusaha untuk memberikan tentangan tetapi ia tidak mampu dilakukan sehingga tamat perlawanan,” kata Nidzam.

Pada perlawanan itu, tiga gol Pahang, masing-masing dijaringkan oleh Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-44, Jose Eduardo (m-63) dan Mohd Faisal Halim (m-90) manakala gol tunggal FELDA United pula dijaringkan Thiago Aquino (m-48).

Kemenangan itu meletakkan skuad Tok Gajah di puncak liga dengan 17 mata manakala The Fighters yang mengutip enam mata berada di tangga ke-10 selepas tujuh perlawanan.

Previous

Gaji Pemain Kelantan FA Tertunggak Punca Aksi Hambar

Dulu Nak Dapat Sokongan Pun Susah

Next

Leave a Comment

error: Content is protected !!