MASHA’ALLAH !!! Sedapnye adik nie menyanyi, kalah Siti nurhaliza…๐Ÿ˜š๐Ÿ˜š๐Ÿ˜š

 

(Video Dibawah)

PENYANYI popular, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak dapat menahan sebak sehingga menitiskan air mata ketika bercerita mengenai impiannya untuk mendapatkan cahaya mata ketika ditemubual pendakwah agama terkenal, Ebit Lew dalam satu program TV.

Menerusi perkongsian Ebit di akaun Instagramnya, @ebitlew, menyatakan penyanyi diminati ramai itu menangis ketika naik ke pentas untuk berkongsi pengalaman mempunyai anak.

“Ya Allah siapa sangkakan… dengar saat kemuncak rasa lemah dan kuat. Usaha dan doa yang dilakukan @ctdk. Terasa dalam kata-katanya kerana diungkap dari hati yang ikhlas.. Allahu..,” katanya.

BACA JUGA: “Block Je” – Siti Nurhaliza ikut nasihat suami

BACA JUGA: Siti Nurhaliza bawa Siti Aafiyah beraya bersama Azmin Ali, Anwar Ibrahim

Dalam program tersebut, Ebit menyatakan dia juga terharu mendengar cerita yang disampaikan Siti kepada penonton.

“Ya Allah saya betul-betul terharu bila cara Siti cerita tentang kesabaran dan terima ujian Allah. Jangan putus asa. Sangka baik pada rahmat Allah.

“Bila saya tanya harapannya pada anaknya.. beliau ingin anaknya menjadi anak yang mendoakan ibuayah. Anak yang memberi manfaat buat manusia dan hafizah Al-Quran,” katanya.

Apa yang menarik perhatian, Ebit menyatakan dari mula sehingga habis program, bukan hanya mereka menangis tapi penonton di studio juga sebak berkongsi perasaan.

“Beliau memang sangat rendah diri. Dan sangat baik orangnya. Bahasanya memang sangat lembut. Katanya ustaz tolong pimpin dan betulkan kalau saya salah. Sangat rendah diri.

“Semoga Allah terus beri kesihatan buat Tokti bersama suami anak dan semua ahli keluarga. Bahagia sampai syurga. Semoga Siti Aafiyah jadi anak solehah dan hafizah AlQuran yang bertakwa,” katanya.

Siti bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dikurniakan cahaya mata bernama Siti Aafiyah pada 19 Mac lalu. – Teks oleh: Elrafaei Sapi

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *