Mana gaji kami??

| |

Ketika persiapan musim baharu Liga Malaysia 2019 rancak berlangsung, ada dalam kalangan pemain dan bekas pemain Melaka United masih menantikan hak dibayar pengurusan pasukan.

Seorang bekas pemain yang namanya enggan didedahkan mendakwa pengurusan Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) masih berhutang sebulan gaji kepada beberapa pemain tempatan sementara dua bulan gaji belum dilunaskan kepada pemain import.

“MUSA masih berhutang sebulan gaji untuk pemain tempatan. Import saya kurang pasti tetapi dengarnya dua bulan juga,” katanya ketika dihubungi Melaka United Media baru-baru ini.

Difahamkan, gaji rekrut baharu bagi musim 2019 Melaka United dibayar dengan baik oleh pengurusan.

Pada 4 Januari lalu, Berita Harian melaporkan dakwaan seorang penolong jurulatih pasukan Melaka United musim 2018 belum menerima gaji bagi November 2018 walaupun saingan Liga Malaysia musim 2019 bakal membuka tirai bulan depan.

Penolong jurulatih berusia 45 tahun itu yang enggan namanya disiarkan berkata, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga tidak dibuat majikan bermula Mac 2018 sehingga berakhirnya kontrak bersama pasukan itu November lalu, biarpun potongan gaji dibuat setiap bulan.

Dakwanya lagi, masalah itu bukan membabitkan dirinya sahaja tetapi beberapa pemain tempatan dan import musim lalu.

Malah ada kalangan mereka yang belum menerima gaji dua bulan bagi Oktober dan November 2018.

Previous

Syazwan Andik Perlu Bayar 1 Juta Jika Mahu Keluar Dari Kuala Lumpur FA

Harapan Untuk Liridon Krasniqi Menyarung Jersi Kebangsaan Menjadi Kenyataan

Next

Leave a Comment

error: Content is protected !!