Malaysia Buat Thailand Mimpi Ngeri Malam Ini

 

KUALA LUMPUR: Malaysia berjaya mara ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki selepas mengikat Thailand 2-2 dalam perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Rajamangala, Bangkok malam ini.

Gol pertama skuad Harimau Malaya itu dijaringkan oleh Muhammad Syahmi Safari pada separuh masa pertama.

Manakala gol kedua pula dijaringkan Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-71.

BANGKOK: Kapten skuad kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Radzak, percaya terhadap kemampuan mereka untuk mendapatkan gol di Stadium Rajamangala sambil menegaskan Thailand pasti lebih tertekan menjelang pertemuan separuh akhir kedua Piala Suzuki AFF 2018 malam ini.

Zaquan, yang telah menjaringkan tiga gol dalam kejohanan kali ini, percaya Thailand selaku tuan rumah pasti lebih tertekan untuk memenuhi tuntutan penyokong sendiri, lapor Astro Arena.

Selain itu, sekiranya Malaysia meraih keputusan seri dengan jaringan di Bangkok, aksi final sudah pasti menjadi milik Harimau Malaya, sekali gus menambahkan lagi tekanan buat pasukan bimbingan Milovan Rajevac itu yang hadir dengan status juara bertahan.

“Bagi saya, tiada yang mustahil dalam kamus bola sepak. Apa sahaja boleh berlaku selagi dapat berpegang dengan kekuatan mental dan semangat. Masing-masing sudah tahu peranan,” kata Zaquan.

“Sudah tentu jaringan akan memberikan tekanan kepada lawan. Namun, kami tidak boleh tergopoh-gopoh. Apa yang pasti, mereka sedang tertekan kerana akan beraksi di laman sendiri. Kami bermain tanpa tekanan kerana lawan pasti sedar, jika kami menyumbat gol, kelebihan berpihak kepada kami.

“Thailand dalam keadaan takut untuk berdepan Malaysia,” ujarnya lagi.

 

Sumber : Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *