Liridon Krasniqi Buat Hal

| |

Kelibat pemain import sensasi Melaka, Liridon Krasniqi, kekal menjadi tanda tanya menjelang perlawanan pusingan kedua Piala FA dengan PKNS FC di Stadium Shah Alam, malam ini.

Pemain itu masih belum menyertai pasukan dan gagal untuk menepati janjinya — kembali menyertai Melaka selepas tamat waktu rehat antarabangsa, baru baru ini.

Melaka terpaksa mengharungi perlawanan liga lalu tanpa Liridon dan akan berlarutan dalam pusingan kedua Piala FA berdepan PKNS.

Pemain tinggi lampai itu dikhabarkan menjalani proses pemulihan kecederaan paha di Jerman, bulan lalu.

“Liridon masih belum kembali, jadi kami perlu melakukan perubahan.

“Saya berharap pemain yang akan diberikan peluang untuk beraksi dapat menjalankan tugas dengan baik,” kata ketua jurulatih Melaka, Zainal Abidin Hassan.

Menjelang aksi dengan PKNS, Zainal terpaksa melakukan perubahan tanpa Liridon dan pemain tengah, Darko Markovic, yang cedera.

Kekurangan itu, bagaimanapun, tidak menghalang hasrat Melaka untuk menyekat laluan PKNS ke pusingan ketiga.

“Kami pernah berdepan mereka, jadi kami tahu tahap kekuatan mereka.

“Saya mahu pemain saya menjalankan tugas mereka dengan baik.

“Apa yang penting adalah kami memanfaatkan setiap peluang yang diperoleh kerana kami beraksi di gelanggang lawan,” tambahnya.

Sumber Astro Arena

Previous

Dua Gol Faiz Nasir Bantu Selangor Benam Kelantan 3-0

VIDEO INSIDEN 3 KAD MERAH FELDA UNITED VS JOHOR DT

Next

Leave a Comment

error: Content is protected !!