Lawak gilerr!! Bila Johan dengan Jep bergabung hahahah

Pelawak dan penyampai radio popular, Johan mengakui, pernah menolak tawaran bernilai ratusan ribu ringgit daripada sebuah produksi yang mahu menampilkan keluarganya dalam iklan komersial.

Menyifatkan ia bukan rezekinya, Johan, 34, berkata, dia terpaksa menolak tawaran itu kerana tidak mahu anaknya terbabit dalam dunia seni pada usia terlalu muda.

“Memang ada tawaran yang mahukan anak saya berlakon dalam produksi mereka. Malah, ada produksi yang sanggup menawarkan ratusan ribu ringgit untuk kami anak-beranak muncul dalam iklan mereka.

“Tawaran itu, bagaimanapun terpaksa saya tolak kerana tidak mahu anak menjadi tumpuan. Bagi saya, belum masa untuk anak yang masih kecil mencari duit sendiri.

“Biarlah saya yang memikul tugas mencari rezeki kerana mahu anak menikmati zaman kanak-kanak mereka sepuas-puasnya,” katanya kepada BH Online.

Kata suami kepada Ozlynn ini, apa yang lebih penting baginya, adalah doa daripada anaknya supaya rezeki mereka sekeluarga sentiasa dimurahkan.

“Setiap kali selepas solat, saya akan minta anak untuk sama-sama berdoa. Mereka masih bersih dan insya-Allah, doa yang dipanjatkan itu akan dimakbulkan Allah,” kata bapa kepada lima cahaya mata itu.

Sumber : BH

Bila Johan bergabung dengan Jep Lawak habiss!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *