Keadaan Terkini Pemain Tajikistan U19 Yang Mengalami Kecederaan Semalam

 

Perlawanan yang disiarkan secara langsung itu turut memaparkan kaki Fujavlova longlai, seakan-akan patah.

Berikutan itu, tular di medium media sosial rakaman x-ray kaki pemain tersebut yang kononnya mengesahkan kecederaan yang dialami oleh pemain itu.

Bagaimanapun, rakaman x-ray itu tidak betul sama sekali dan hanya ditularkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Sebenarnya Fuzajlova tidak mengalami kecederaan seteruk yang disangka.

Dalam muat naik di laman Facebook oleh Persatuan Bola Sepak Tajikistan, mereka mengesahkan pemain tersebut mengalami kecederaan terkehel buku lali.

Fuzajlova terus dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan yang mengerikan itu semalam untuk menjalani rawatan.

Doktor yang merawat beliau turut mengesahkan tiada retak atau tulang yang patah di kaki kanan Fujajlova selepas ujian MRI turut dilakukan.

 

 

KUALA LUMPUR: Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) perlu memberi perhatian lebih serius terhadap kecederaan pemain yang beraksi pada Kejohanan Bawah 19 tahun (B-19) AFC 2018 yang sedang berlangsung di Indonesia.

Gesaan itu dibuat pengendali skuad negara, Bojan Hodak selepas melihat pasukan perubatan ditugaskan pada kejohanan itu bagaikan tidak tahu apa yang perlu dilakukan apabila pemain Tajikistan, Fuzaylov Ziyovuddin terbaring di padang akibat kecederaan pada aksi kedua-dua pasukan malam tadi.

“Semua orang pasti ingat kecederaan dialami pemain Tajikistan itu, teruk. Pada pandangan saya, bola itu 50/50 dan terjahan itu tidak disengajakan.

“Kedua-dua pihak turut terkejut dengan insiden itu tapi tindakan pasukan perubatan begitu teruk. Mereka tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

“Jadi saya harap AFC akan lebih serius apabila membabitkan kecederaan pemain pada masa akan datang. Kita sendiri lihat kecederaan pemain itu begitu serius namun pasukan perubatan tidak tahu apa yang perlu dilakukan,” kata Hodak pada sidang media selepas tamat perlawanan.

Pada aksi membabitkan Malaysia dan Tajikistan di Stadium Patriot Chandrabhaga itu, Fuzaylov mengalami kecederaan selepas diterjah pertahanan negara, Nabil Hakim Bokhari pada minit ke-83.

Pemerhatian awal menyaksikan kecederaannya bagaikan tampak serius selepas melihat buku lalinya ‘terkulai’, sekali gus berdepan kemungkinan patah kaki.

Namun, tiada anduh yang diletakkan di buku lali Fuzaylov dan pasukan perubatan hanya mengangkat pemain itu ke atas pengusung sebelum dikejarkan ke hospital.

Bagaimanapun, Persekutuan Bolasepak Tajikistan mengesahkan pemain tengah itu tidak mengalami kecederaan serius apabila hanya terkehel pada sendi buku lali kanannya namun terpaksa diketepikan selama dua bulan setengah.

Sementara itu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) turut melontarkan kata-kata semangat kepada Fuzaylov menerusi laman rasminya, hari ini.

“Keputusan sudah tidak lagi relevan apabila berlaku insiden kecederaan yang serius. Kepada pemain no 20 Tajikistan Ziyovuddin Fuzaylov, kami di FAM mendoakan anda pulih segera.

“Semoga cepat sembuh, Ziyovuddin! Kiriman doa dari Malaysia untuk anda,” kata FAM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *