Insiden berdarah di Lyon, Giroud mungkin terlepas Piala Dunia

| |

 

Tonton video penuh dibawah :

Insiden berdarah di Lyon, Giroud mungkin terlepas Piala Dunia

PIALA DUNIA | Kurang seminggu sebelum Piala Dunia 2018 bermula, penyokong bola sepak Perancis berdepan kemungkinan pasukan kebangsaan mereka terpaksa beraksi tanpa Olivier Giroud.

Ini susulan insiden berdarah dalam perlawanan persahabatan antara Amerika dan Perancis yang berkesudahan seri 1-1 di Stadium Parc Olympique Lyonnais, Lyon awal hari ini.

Insiden itu terjadi apabila Giroud bertembung dengan pemain lawan Matt Miazga, pada awal babak kedua perlawanan yang menyebabkan kepala kedua-dua pemain berdarah.

Kedua-dua pemain dilihat terbaring apabila pasukan perubatan memberi rawatan.

Giroud kemudian di bawa keluar padang dengan kepalanya berbalut, sementara Miazga terpaksa diusung keluar.

The Blues
@TheBlues___
Olivier Giroud and Matt Miazga 😟 #CFC

7:19 AM – Jun 10, 2018
354
138 people are talking about this
Twitter Ads info and privacy
Menurut laporan media, Giroud menerima enam jahitan untuk menutup luka di atas matanya, sementara Miazga dikatakan menerima 15 jahitan.

Namun, pemeriksaan awal menunjukkan kedua-duanya tidak mengalami konkusi.

Jurulatih Perancis, Didier Deschamps kini dikatakan gelisah menunggu laporan perubatan Giroud untuk menentukan sama ada dia boleh beraksi dalam Piala Dunia di Rusia.

Pengalaman Giroud merupakan antara kekuatan yang diperlukan Perancis terutama dalam pertembungan pasukan pilihan.

Perancis yang berada di kumpulan C akan memulakan saingan peringkat kumpulan melawan Australia Sabtu ini. Dua pasukan lain dalam kumpulan itu adalah Peru dan Denmark.

sumber:MK

Previous

Sampai macam tu sekali anak Farid Kamil layan lagu Jampi

Lain macam lagu Raya versi Achey ni

Next

Leave a Comment

error: Content is protected !!