Inilah Biodata Penuh Scha Elinnea Pelakon Cantik Drama Mr Grey

Anda kenal siapa Scha Elinnea ini? Gadis cantik ini adalah pemegang watak Nurul Jannah dalam drama popular yang ditayangkan di slot Astro Mega Drama berjudul Mr Grey. Berumur 19 tahun, Scha Elinnea yang sangat meminati pelakon popular Hollywood, Kristen Stewart, pada mulanya adalah seorang model sebelum terjun ke bidang lakonan.

Dengan bantuan dan didikan pelakon popular Yana Shamsudin dan Fadzil Zahari, Scha Elinnea berharap kemunculannya dalam industri seni tanahair dapat diterima peminat dan mengharapkan lakonan dalam Mr Grey menjadi batu loncatan untuknya menempa kejayaan yang lebih banyak selepas ini.

Biodata Scha Elinnea
Nama Penuh: Natasha Mohamed Mubeen
Nama Popular: Scha Elinnea
Nama Panggilan: Scha / Tasha
Asal: Sungai Petani, Kedah

Tempat Tinggal: Kuala Lumpur
Umur: 19 tahun (2018)
Tarikh Lahir: 1999
Pendidikan:
– Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jengka, Pahang
– SMK Seksyen 7, Shah Alam, Selangor
Bangsa: Melayu
Agama: Islam
Warganegara: Malaysia

Pekerjaan: Model dan Pelakon
Drama: Mr Grey
Instagram: @schaelinnea

 

 

 

Sumber : http://www.azhan.co/biodata-scha-elinnea-pelakon-cantik-drama-mr-grey/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *