Inilah 3 Pemain Import Baru Yang Bakal Menyertai Kedah

| |


Kedah buru penyerang baharu

ALOR SETAR – Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) mula turun padang memburu penyerang baharu pasukan tersebut walaupun pintu perpindahan kedua pemain Liga Malaysia 2018 hanya akan dibuka awal Mei depan.

Sumber dalaman persatuan tersebut berkata, pihaknya telah menyenaraikan beberapa pemain penyerang import dan akan turun untuk melihat dan menilai prestasi semasa pemain tersebut bersama pasukan semasa masing-masing.


Menurutnya, sekurang-kurangnya enam pemain sedang dinilai pengurusan dan pasukan kejurulatihan Lang Merah antaranya penyerang kelab Liga Utama Thailand dari pasukan Suphanburi FC, Sylvano Dominique Comvalius yang berusia 30 tahun.

“Memang kita tengah mencari dan datang tengok sendiri pemain penyerang import sebelum sebarang keputusan muktamad dibuat. Setakat ini masih belum ada sebarang rundingan rasmi dimulakan kerana mahu melihat dan menilai terlebih dahulu semua perkara,” katanya.

Bagaimanapun, satu rombongan KFA yang dihantar untuk menilai prestasi Sylvano gagal apabila penyerang tersebut tidak diturunkan berikutan tidak cergas kelmarin semasa aksi menentang Ratchaburi FC di Suphanburi Municipality Stadium.

Penyerang kelahiran Amsterdam, Belanda itu mempamerkan prestasi cemerlang bersama Bali United di Liga Indonesia pada 2017 apabila menjaringkan 37 gol pada 34 penampilan namun bergelut di Thailand apabila masih belum menjaringkan sebarang jaringan sejak enam perlawanan lalu musim ini.

Paulo Rangel.

 


Turut tersenarai adalah bekas penyerang JDT, Paulo Rangel, 33, yang kini cemerlang bersama Nakhon Ratchasima juga di Liga Utama Thailand apabila menjaringkan 11 gol pada 17 perlawanan bersama pasukan tersebut pada musim 2017.

Paulo Rangel yang juga pernah menyarung jersi Perak, Selangor dan Terengganu adalah penjaring gol terbanyak Nakhon Ratchasima pada musim lalu.

Selain itu, bekas penyerang import Kedah, Ken Ilso, 31, yang kini beraksi bersama Pulau Pinang di saingan Liga Premier juga turut disebut-sebut berada dalam radar Lang Merah.

Ilso membuktikan keupayaannya pada musim lalu apabila berjaya menjaringkan 24 gol pada 26 penampilan bersama pasukan Kedah.

Ken Ilso.


Usaha memburu penyerang baharu Kedah dipercayai adalah untuk membaiki dan mempertajamkan jentera serangan pasukan bagi memberi cabaran kepada pasukan lain dalam saingan Liga Malaysia selain berusaha membaiki kedudukan dalam saingan Liga Super musim ini.

Pablo Pallares yang dibawa masuk dari Sepanyol pada musim ini dilihat gagal menyumbangkan gol seperti yang diharapkan walaupun pasukan jurulatih telah memberi ruang kepadanya untuk membuktikan kemampuan.

 

Sumber : Sinar Harian

Previous

INILAH BIODATA PENUH EYRA HAZALI, HEROIN DRAMA MR GREY TERNYATA BUKAN CALANG-CALANG ORANG

INILAH 3 PEMAIN IMPORT BARU YANG BAKAL MENYERTAI KEDAH FA

Next

Leave a Comment

error: Content is protected !!