INILAH BIODATA PENUH EYRA HAZALI, HEROIN DRAMA MR GREY TERNYATA BUKAN CALANG-CALANG ORANG

INIAH BIODATA PENUH EYRA HAZALI, HEROIN DRAMA MR GREY TERNYATA BUKAN CALANG-CALANG ORANG
Biodata Artis Eyra Hazali, Pelakon Drama Mr Grey

Biodata Eyra Hazali

Nama Penuh : Eyra Hazali
Nama Popular : Eyra Hazali
Asal : W.P Kuala Lumpur, Malaysia
Tarikh Lahir : 21 Februari 1999
Umur : 19 tahun (2018)
Tempat Lahir : Hospital Damai Taman Melawati
Keluarga : Anak keempat daripada tujuh beradik
Kerjaya : Pelakon, model, pelajar
Drama : Samudera Rindu & Mr Grey

Laman Sosial

Twitter : https://twitter.com/EyraHazali21
Instagram : https://www.instagram.com/eyra.hazali/?hl=en
Facebook : https://www.facebook.com/eyra.hazali.5

Gambar Menarik Eyra Hazali

“Suka dialek anak mami dia..”- Watak loghat utara Eyra Hazali dipuji peminat

Bagi peminat drama bersiri Mr.Grey yang ditayangkan di kaca televisyen, sudah pastinya mereka mengenali Eyra Hazali iaitu heroin drama tersebut yang memegang watak sebagai Nisa Ardina.

Penguasaan dialek anak mami.

Melakonkan watak menggunakan loghat utara, Eyra telah mewarisi penguasaan loghat tersebut dari ayah dan datuknya yang berasal dari Pulau Pinang. Drama. Nama Eyra kini semakin dikenali dan telah ‘membuka mata’ pengarah untuk menawarkan peluang berlakon kepada gadis berusia 19 tahun itu.

Drama Mr.Grey dapat sambutan luar biasa.

Eyra atau nama sebenarnya, Hazirah Qasdina Hazali tidak menyangka bahawa drama yang mempunyai 20 episod itu telah mendapat sambutan luar biasa daripada masyrakat.

Dek kerana wataknya yang menggunakan loghat utara, beliau sering ditegur peminat dengan loghat utara sama seperti dialog watak Nisa Ardina dalam drama tersebut.

Muzik video Andainya Takdir.

Mungkin ramai yang tidak perasan akan kehadiran beliau dalam industri hiburan ini yang pernah menghiasi video muzik Anuar Zain, Andainya Takdir dengan melakonkan watak sebagai anak kepada Sharifah Sakinah dan Anuar Zain.

Pada usia 11 tahun pula, beliau telah merangkul trofi Pelakon Drama Televisyen (TV) Kanak-Kanak Terbaik pada Anugerah Sri Angkasa 2010 hasil lakonan dalam telefilem Anak Anak Lorong.

Rata-rata netizen telah terhibur dengan lakonan Eyra yang natural dan menjiwai watak menggunakan loghat utara dalam drama Mr.Grey.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *