Ini lah terjadi bila Johan kena ceramah dengan PU Azman sebab tiru Awie..

PELAWAK dan pelakon Zizan Razak mahu menjadi diri sendiri ketika mengendali program temu bual terbaharu bersama Johan iaitu Jozan Live.

Zizan, 34, berkata dia menyedari bukan senang untuk mengembirakan semua orang namun dia akan menjaga sensitiviti dalam setiap pertuturannya.

“Nak kata berhati-hati itu, tidaklah. Tapi Saya nak jadi diri sendiri. Masing-masing ada pendapat tersendiri.

“Lagipun susah nak gembirakan semua orang. Macam mana pun, saya akan diberikan garis panduan dan berbincang sebelum program bermula.

“Sudah tentu akan menjaga sensitiviti. Apa yang penting, program ini bertujuan untuk menghiburkan penonton,” kata Zizan kepada mStar Online.

Program Jozan Live yang mempunyai 40 episod sudah mula ditayangkan bermula pukul 10 malam menerusi saluran Astro Warna.

Zizan akan mula masuk lokasi drama bersiri lapan episod berjudul Sepenggal Puisi, usahasama produksi Malaysia dengan Indonesia tidak lama lagi.

Siri arahan pengarah filem Jendral Soedirman Viva Westi itu turut dibintangi pelakon hebat dari dua negara iaitu Jajang C. Noer dan Paramitha Rusady dari Indonesia serta Wan Hanafi Su dan Erma Fatima mewakili Malaysia.

Lain-lain pelakon ialah Lisa Surihani, Hisyam Hamid dan Syafiq Kyle.

Sumber : Mstar

Ini lah terjadi bila Johan kena ceramah dengan PU Azman sebab tiru Awie..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *