Ini Komen Mengejutkan Igor Zonjic Setelah Dimalukan Leandro & Wander Luiz

 

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) wajar mengambil tindakan disiplin ke atas dua pemain Perak, Wander Luiz dan Leandro dos Santos susulan tindakan keterlaluan mereka meraikan gol penyamaan ketika masa tambahan pada aksi final Piala Malaysia malam tadi.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Kamarudin Abdullah menegaskan tindakan kedua-dua pemain itu melampau dan tidak mencerminkan semangat kesukanan yang seharusnya ditunjukkan pada aksi penuh berprestij itu.

“Satu tindakan yang melampau kerana ia dilakukan di hadapan pemain Terengganu FC (TFC) yang melakukan kesilapan.

“Ia satu provokasi yang tidak seharusnya dilakukan kerana ia seolah-olah menghina pemain lawan. Provokasi itu semata-mata ditujukan kepada pemain lawan.

“FAM wajar mengambil tindakan disiplin ke atas kedua-dua pemain itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada aksi final yang berlangsung di Stadium Shah Alam malam tadi, skuad bimbingan Irfan Bakti Abu Salim hampir berada di ambang kemenangan selepas mendahului 3-2 ketika saingan pada masa tambahan hanya berbaki seminit lagi.

Namun, kesilapan pertahanan, Igor Zonjic yang tertampan bola ke gawang sendiri menyaksikan keputusan bertukar menjadi 3-3 sekali gus memaksa perlawanan berlanjutan ke penentuan sepakan penalti.

Bagaimanapun, insiden tidak wajar berlaku apabila Leandro dan Luiz meraikan gol itu secara keterlaluan apabila dilihat mempersendakan Zonjic yang menjaringkan gol sendiri.

Keputusan berakhir dengan skuad The Bos Gaurus menamatkan penantian 18 tahun menjulang Piala Malaysia selepas meraih kemenangan 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti.

 

Komen Igor Zogic di Instagram

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *