Info Live Liga Super & Liga Perdana

| | ,

Perlawanan kedua Liga Super 2019

JUMAAT
Perak vs Kedah (LIVE on iflix)
JDT vs Kuala Lumpur (LIVE on iflix)

SABTU
PJ City vs Selangor (LIVE on tv9)
Pahang vs Terengganu FC (LIVE on iflix)
PKNS FC vs Melaka Utd (LIVE on iflix)

AHAD
FELDA Utd vs PKNP FC (LIVE on iflix)

Info Live Liga Perdana

UITM vs Perlis (Live mycujoo)

PDRM vs Negeri Sembilan (Live mycujoo)

IPOH: Bagi memeriahkan dan memberi semangat kepada pasukan Perak dalam perlawanan pertama Liga Super di laman sendiri musim ini menentang Kedah malam esok, Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) tidak mengenakan bayaran tiket untuk perlawanan berkenaan.

Suntikan semangat itu diumumkan Menteri Besar merangkap Presiden PAFA, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sendiri dalam satu rakaman video di sini hari ini.

Ahmad Faizal berkata, pihaknya menjemput semua penyokong skuad The Bos Gaurus untuk memenuhi Stadium Perak dalam memberi sokongan kepada pasukan juara Piala Malaysia 2018 itu.

“Pada 8 Februari 2019 (esok) akan berlangsung satu perlawanan hebat antara Perak menentang Kedah di Stadium Perak jam 9 malam.

“Bagi pihak PAFA saya ingin menjemput semua penyokong untuk beramai-ramai datang ke stadium untuk memberi sokongan kepada pasukan kita.

“Kemasukan adalah percuma, cuma perlu dapatkan tiket di luar stadium. Marilah beramai-ramai membawa keluarga dan rakan-rakan untuk sama-sama memberi sokongan,” katanya.

Perlawanan malam esok ada perlawanan kedua antara Perak dan Kedah musim ini di mana pertembungan pertama kedua-dua pasukan adalah pada 13 Januari lalu di kejuaraan sulung Unity Shield 2019 menyaksikan Kedah menewaskan Perak 2-0 di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Perak bagaimanapun tewas dalam aksi pertama kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) 0-1 manakala Kedah menundukkan PKNP FC 2-0.

Previous

Penjaga Gol Ini Dapat Anak Kembar Selepas Beri Kemenangan Untuk Kelabnya

Leave a Comment

error: Content is protected !!