Info Live Liga Super 2019

| |

Perlawanan Pertama Liga Super 2019 (LS1)

JUMAAT (1.2.2019)
◾Kuala Lumpur vs Pahang (Live iflix)
◾Terengganu FC vs PKNS FC (Live Tv9 & iflix)

SABTU (2.2.2019)
◾JDT vs Perak (Piala Sumbangsih) Live Tv3 & iflix
◾PKNP FC vs Kedah (Live iflix)
◾Melaka United vs PJ City FC (Live iflix)

AHAD (3.2.2019)
◾Selangor vs FELDA United (Live iflix)

 

Siaran langsung Liga Perdana akan disiarkan di apps Mycujoo

KUALA LUMPUR: Berdasarkan status selaku juara bertahan dan memiliki kelompok pemain terbaik di negara ini, skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) dilihat berada dalam kelas tersendiri untuk memastikan Piala Sumbangsih kekal dalam kabinet, Sabtu ini.

Skuad Harimau Selatan yang juga juara Liga Super dijadualkan melayan kunjungan juara Piala Malaysia, Perak dalam pertembungan itu yang juga aksi pembukaan Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.

Bekas pemain kebangsaan, Mohd Azraai Khor Abdullah berpendapat JDT yang dikendalikan Luciano Figueroa berpeluang cerah untuk memenangi trofi pertama musim ini berbanding anak buah Mehmet Durakovic.

Bukan mahu menidakkan keupayaan The Bos Gaurus, namun berdasarkan persiapan rapi dan keghairahan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendapatkan pemain terbaik sama ada pemain tempatan atau import, menguatkan lagi ramalan Azraai bahawa JDT adalah calon hangat untuk memenangi pertembungan itu.

“Perlawanan antara JDT dan Perak sudah tentunya menarik kerana ia mempertemukan dua juara musim lalu iaitu juara Liga Super (JDT) dan Piala Malaysia (Perak) sebagai menandakan permulaan liga musim ini.

“Pada saya kedua-dua pasukan mempunyai kekuatan dan kelebihan tersendiri. Masing-masing juga melalui tempoh pramusim yang hebat dan membuat persiapan yang baik menuju ke sepak mula liga.

“Namun dengan keazaman tinggi JDT yang merekrut pemain hebat tempatan dan import, saya lihat JDT berkeupayaan besar untuk memenangi Piala Sumbangsih apatah lagi bakal beraksi di halaman sendiri.

“Sudah tentu ia memberi kelebihan kepada JDT berbanding Perak yang saya perhatikan tidak banyak perubahan pemain yang dibuat oleh pasukan itu musim ini apabila mengekalkan sebilangan besar muka musim lalu,” katanya yang meramalkan JDT yang akan beraksi dalam Liga Juara-Juara Asia (ACL) mampu menumpaskan skuad The Bos Gaurus dengan 2-0.

Pada pertembungan musim lalu, skuad Harimau Selatan berjaya menundukkan Kedah 2-1 untuk menjulang trofi itu buat kali ketiga selepas sebelum itu memenangi pada 2015 dan 2016 sejak revolusi JDT pada 2012.

Perak yang akan mengharungi pusingan kedua kelayakan ACL menentang wakil Hong Kong, Kitchee SC pada 12 Februari ini di Ipoh, bakal menempuh ujian getir.

“Agak sukar buat mana-mana pasukan untuk menewaskan JDT terutamanya apabila beraksi di Larkin. Jadi saya rasa perkara sama akan berlaku kepada Perak nanti.

“Apapun, kekuatan Perak juga tidak boleh disangkal kerana mereka dibimbing oleh jurulatih yang berpengalaman,” katanya.

Previous

Safee Sali mula risau

Pasukan JDT Hanya Underdog Musim Ini

Next

Leave a Comment

error: Content is protected !!