Hari tu Hazama.kali ni siapa agaknya si badut ni.power beb suara dia tarik

Layan video dibawah :

 

Walaupun bergelar juara Vokal Bukan Sekadar Rupa musim kedua (2012), nasib belum menyebelahi Uchop Ahmad, 32, apabila masih bergelut mencipta nama dalam industri muzik tanah air.

Pernah hadir dengan dua single, Kasih dan Jujurlah Padanya, namanya seakan-akan tenggelam begitu sahaja.

Pantang undur sebelum berjuang, Uchop atau nama sebenarnya, Mohamad Yusof Ahmad terus bekerja keras dan kini tampil dengan single ketiga, Tanpa Dendam ciptaan Aidil dan lirik oleh Sulu Sarawak.

Menurut bapa dua anak itu, ketika rancak merencana perjalanan kerjaya seninya, negara kehilangan MH370 dan tidak lama selepas itu satu lagi kapal terbang, MH17 ditembak jatuh di Ukraine.

“Kedua-dua tragedi ini turut memberi kesan kepada industri hiburan tempatan apabila kebanyakan aktiviti seni diperlahankan demi menghormati mangsa dan keluarga mereka.

“Selepas itu negara dilanda banjir pula dan saya terbabit dalam kerja amal membantu mangsa terutama di pantai timur. Di sebalik setiap musibah yang melanda mendatangkan keinsafan kepada ramai orang termasuk saya sendiri,” katanya.

Sebelum menyertai Vokal Bukan Sekadar Rupa, Uchop terlebih dahulu dinobatkan sebagai juara pertandingan Twistiest Bingit dan Suara Jati.

“Ada yang kata suara saya mirip Awie ketika menyanyikan lagu Di Penjara Janji.

“Meskipun sudah beberapa kali menggondol gelaran juara, kerjaya seni saya bergerak perlahan.

“Namun ia tidak melemahkan semangat saya. Apa juga rintangan akan saya lalui dengan tenang. Saya yakin dengan sokongan dan bantuan orang sekeliling, usaha saya pasti berhasil satu hari nanti,” kata pencinta genre rock ini.

Ketika kembara seninya terumbang-ambing, Uchop yang berasal dari Jeniang, Kedah, berniaga pelbagai barangan untuk menampung kehidupan.

“Alhamdulillah, masih ada harapan untuk saya aktif semula apabila ke Langkawi tahun lalu. Ada hamba sudi menaja single terbaru saya, Tanpa Dendam.

“Dia turut melantik saya sebagai duta produk kesihatan yang diasaskannya,” kata Uchop yang berniaga kurta di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur sepanjang Ramdan ini.

Dengan adanya lagu Tanpa Dendam, Uchop berharap kehadirannya dapat diterima peminat.

Selain itu, Uchop turut mengadakan pertandingan mendendangkan lagunya apabila peminat hanya perlu memuat naik nyanyian mereka di Facebook miliknya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *