Hafizul Hakim Dedah Rahsia Berjaya Selamatkan Dua Sepakan Penalti

| |

IPOH: Wira pasukan Perak, Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy mengakui gementar dan berdebar ketika menyelamatkan penalti pasukan Kitchee SC pada perlawanan pusingan kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) malam tadi.

Sambil menyifatkan nasib dan rezeki memihak kepadanya, Muhammad Hafizul Hakim tidak mahu mendabik dada apabila sekali lagi menjadi wira pasukan dalam penentuan sepakan penalti seperti dilakukan pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2018.

Muhammad Hafizul Hakim berkata, dia belum layak untuk dilabel sebagai penjaga gol terbaik negara dalam penentuan penalti kerana sepakan penalti bergantung kepada nasib dan rezeki.

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana berjaya melaksanakan tanggungjawab diamanahkan pengendai Mehmet Durakovic sekali gus menafikan hasrat pasukan pelawat untuk memenangi perlawanan itu selepas kedua pasukan terikat 1-1.

“Ketika itu saya berdebar kerana harapan seluruh pasukan terletak di bahu saya, jika saya gagal menyelamatkan sepakan dibuat pemain Kitchee SC, sudah pasti kemenangan berpihak kepada mereka selepas Leandro (Leandro Dos Santos Oliviera) gagal menyempurnakan penalti Perak,” kata Hafizul.

“Namun saya cuba menenangkan diri dan berjaya menyelamatkan sepakan dibuat pemain Kitchee SC yang menghidupkan semula peluang pasukan Perak

“Along (Rafiuddin Roddin) dan Nazirul (Nazirul Naim Che Hashim) ada memberikan ‘tip’ sebelum perlawanan, mereka beritahu saya yang pemain pasukan Kitchee SC gemar mengambil sepakan ke arah kiri pintu gol.

“Alhamdulillah, nasib saya baik apabila jangkaan saya tepat dan berjaya menolak sepakan penalti yang membawa kemenangan kepada Perak,” katanya.

Previous

Info Live Liga Super & Liga Perdana

Inilah Nasib Yang Menimpa Perak Walaupun Layak Kepusingan Ketiga ACL

Next

Leave a Comment

error: Content is protected !!