Haa Zul Ariffin Aaisyah tanya tu bila nak berlakon dengan dia

| |

KUALA LUMPUR: Impian anak Rozita Che Wan, Aaisyah Dhia Rana, untuk berlakon dengan hero pujaannya, Zul Ariffin, mungkin terlaksana andai perancangan Zeel Production menggabungkan mereka dalam sebuah telefilem mendapat lampu hijau daripada stesen televisyen.

Menurut orang kuat syarikat penerbitan itu, Fadzil Teh, beliau sudah pun mencadangkan sebuah telefilem yang ditunjangi oleh pelakon sasa berkenaan kepada pihak terbabit.

“Ketika ini, semuanya masih pada peringkat perancangan. Kami bagaimanapun sudah mencadangkan cerita berkenaan untuk stesen TV.

“Kalau boleh memang kami hendak mendapatkan khidmat Zul sebagai teraju utama. Cuma, perkara ini belum lagi disuarakan kepada pihak beliau.

“Jika projek ini menjadi kenyataan, Che Ta (Rozita) juga akan berlakon sekali dalam naskhah terbabit.

“Ikut perancangan, kami ingin mengembangkan watak Aaisyah sebelum ini dalam drama Kak Marr. Aaisyah kononnya mahu mencarikan suami untuk Che Ta dalam cerita itu. Aaisyah pun sudah pandai bercakap, jadi bolehlah diberikan sedikit dialog kepadanya,” katanya.

Sumber : NH

Baru-baru ini, Aaisyah, 3, menerusi rakaman video yang dikongsi di laman sosial menyatakan keinginannya untuk berlakon dengan aktor kacak yang meletup dengan drama Titian Cinta itu.

Previous

Setelah disoal siasat anak Yana Samsuddin akhirnya jelaskan siapa pesalah sebenar

Kanak-kanak 2 Tahun ‘Curi’ Popcorn Putera Harry, Tindakan Putera Harry Buat Semua Tergamam

Next

Leave a Comment

error: Content is protected !!