Giliran Faris Ramli Angkat Kaki Dari Perlis FA

| |

GILIRAN FARIS RAMLI DAN BARISAN KEJURULATIHAN PERLIS II PULA ANGKAT KAKI?

Selepas Zafuan Azeman secara tiba-tiba menyertai Pulau Pinang dengan alasan demi mendapatkan minit bermain, kem Perlis nampaknya terus bergegar apabila dikhabarkan pemain import yang baru ditandatangani, Faris Ramli dari Singapura pula membuat keputusan angkat kaki.

Faris diumumkan sebagai pemain baru Perlis pada 11 Januari lalu, namun kurang 10 hari, Labola difahamkan pemain itu telah meninggalkan pasukan secara persetujuan bersama (mutual termination).

Malah, masa depan pasukan Perlis II yang dibentuk untuk bersaing di Liga M3 juga dilihat semakin samar memandangkan khabar angin bertiup kencang mengatakan beberapa jurulatih pasukan itu membuat keputusan keluar dari pasukan.

Manakala seperti yang semua sedia maklum, pada minggu lalu, beberapa pemain telah mengadakan sidang media tentang kegagalan pengurusan baru untuk menunaikan janji melunaskan tunggakan gaji 2018 sebelum 7 Januari.

Apakah benar kem Perlis ketika ini sedang bergolak? Siapa pula bakal menyusul selepas ini? Apakah isu sebenar yang menjadi punca?

Foto : SportSG

Sumber : https://www.facebook.com/labolamalaya/

Previous

Jangan Ugut FAM

Wan Zack Haikal Terpaksa Melupakan Aksi Musim Ini

Next

Leave a Comment

error: Content is protected !!