Eropah Boikot Piala Dunia Kelab

| |

MIAMI: Kelab bola sepak ternama Eropah tidak akan mengambil bahagian dalam kejohanan Piala Dunia Kelab (CWC) seperti dicadangkan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), umum Persatuan Kelab Eropah (ECA) di sini, semalam.

Seorang jurucakap ECA, memberitahu Reuters: “Kelab gabungan ECA tidak akan mengambil bahagian dalam Piala Dunia Kelab pada 2021 dan hanya akan menyambung penyertaan pada kejohanan selepas 2024.

Kejohanan baharu itu akan mempertemukan 24 kelab dari enam benua dengan lapan daripadanya adalah kelab handalan Eropah.

Ia juga bakal menyaksikan penyertaan enam kelab dari Amerika Selatan dan tiga kelab masing-masing dari Asia, Amerika Utara, Amerika Tengah dan satu kelab dari Oceania.

Ia akan diadakan empat tahun sekali iaitu setahun sebelum pusingan akhir Piala Dunia dilangsungkan.

Difahamkan setiap kelab yang mengambil bahagian dalan CWC dijanjikan habuan sebanyak £50 juta (RM270 juta).

Dalam pada itu, seorang Ahli Lembaga Pengarah ECA, yang juga Ketua Eksekutif Manchester United, Ed Woodward, didapati menandatangani surat menolak penyertaan ke CWC.

“(Kami) tegas membantah sebarang cadangan yang berpotensi ke arah kelulusan menyemak CWC – Tiada kelab ECA akan mengambil bahagian,” katanya.

ECA sebelum ini menyuarakan rasa bimbang mereka berhubung jadual padat yang terpaksa diharungi pemain selain mengelak krisis kecederaan kalangan pemain mereka.

Sementara itu, Presiden FIFA, Gianni Infantino ketika ditanya mengenai langkah ECA memboikot kejohanan itu berkata: “Kami berharap semua pasukan terbaik mereka akan bertanding dan perbincangan kami dengan UEFA berjalan dengan positif.” – Agensi

Previous

Saya Kecewa – TMJ

Afghanistan Mahu Jumpa Malaysia Di Final

Next

Leave a Comment

error: Content is protected !!