Dulu Nak Dapat Sokongan Pun Susah

| |

Jurulatih PJ City FC, K.Devan mengakui penjenamaan semula pasukan itu sudah mula memberi impak positif terutama melalui peningkatan kehadiran penyokong apabila bermain di laman sendiri di Stadium MBPJ.

Malah mereka turut mendapat sokongan tambahan daripada Kumpulan QI pada setiap perlawanan.

Situasi ini dilihat satu perbezaan ketara kepada K.Devan yang bersama dengan pasukan itu sejak 2017 dan dia juga gembira dengan cara pasukan itu dikendalikan – seiring dengan pengurusan bola sepak profesional.

“Jika kami bertandang ke laman lawan, sudah ada peminat PJ City turut bersama berikan sokongan kepada kami dan ini satu pembaharuan kepada pasukan. Sebelum ini, sukar hendak dapat sokongan jika bermain di laman lawan tetapi sekarang sudah ada purata 500 penyokong yang akan hadir saksikan perlawanan.

“Malah serba serbi pengurusan pasukan ini semuanya tampak semakin baik sejak pasukan ini dijenamakan semula dan kami harap situasi berkenaan akan berterusan,” katanya.

Previous

Pablo Dollah Yakin Pahang Mampu Kekal Teratas Liga

Faiz Nasir Banyak Lagi Dia Kena Belajar

Next

Leave a Comment

error: Content is protected !!