Dato Aliff Syukri menyakat Sajat boleh mengandung ke tak, jom lihat respon Sajat.

 

Layan video dibawah

 

USAHAWAN kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman berkata dia turut terkilan apabila filem lakonan Datuk Seri Aliff Syukri berjudul Badang menerima kecaman hebat netizen.

Menurut Sajat, 32, Aliff sudah memberikan yang terbaik dan secara peribadi dia sentiasa menyokong perjuangan sahabatnya itu.

“Saya dah tonton filem Badang, lakonan Aliff bagus. Saya pun turut bersedih apabila dia dikecam. Tapi iyalah, mulut orang tak boleh nak ditutup.

 

Sajat anjurkan majlis doa kesyukuran di wismanya di Shah Alam pada malam Jumaat.

“Soal kecaman dan kritikan, kami sudah biasa. Saya kena kecam, dia kena kecam. Dalam hal ini, nasib kami sama.

“Apa yang boleh saya kata, tak semua orang suka apa yang kita buat, yang penting kita bekerja dengan jujur dan ikhlas,” katanya kepada mStar Online.

Sajat ditemui ketika majlis kenduri kesyukuran dan sambutan ulang tahun kelahirannya di Wisma Nur Sajat, di Shah Alam, Selangor pada Jumaat.

 

Ibu bapa menjadi tulang belakang dalam perniagaan Sajat.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh kaum keluarga serta dimeriahkan dengan kehadiran 80 anak-anak tahfiz Az Zahra, Pinggiran Subang.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Abang Nak Tegur ini meminta netizen tidak berterusan memberi kecaman kepada mereka.

Sajat turut berharap masyarakat tidak mudah menghakimi orang lain hanya kerana melihat kehidupan mereka di laman sosial.

 

“Jangan kecam sangat sayang. Kalau anda kecam sekalipun, kami tetap macam ini. Kecaman dan kata-kata negatif tiada kesudahan, lebih-lebih lagi zaman media sosial ini.

“Kadang-kadang apa yang kita buat ada sebabnya, jadi masyarakat di luar jangan cepat melatah dan semudah itu menghakimi hidup orang lain.

“Sejujurnya, hati saya ini sudah berkecai tetapi saya gagahkan juga demi meneruskan kehidupan. Sehinggakan, ada yang gelar Sajat sebagai Ratu Kecaman,” ujarnya.

Bercakap mengenai karier nyanyian, Sajat berkata dia bakal muncul dengan single baharu berjudul Makhluk Penggoda tidak lama lagi.

Sumber : M Star

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *