Comel anak Azwan Kombos Harum Dahlia

PELAKON Azwan Kombos berkata setelah dikurniakan cahaya mata sulung kehidupannya kini berubah

Menurut Azwan atau Mohd Al Azwan Kombos, 33, semenjak bergelar bapa kepada Harum Dalia , dia lebih banyak menghabiskan waktu di rumah bersama anaknya itu.

“Sekarang kehidupan saya berubah sepenuhnya, sudah tiada lepak-lepak waktu malam dan kalau keluar pun rasa tak senang hati sebab teringat anak di rumah.

“Boleh dikatakan kebanyakan masa saya habiskan bersama mereka. Kalau ada urusan luar, saya akan bawa anak dan isteri​ bersama.

“Sampaikan kalau ada kawan nak berjumpa, mereka kena datang rumah saya ,” kata Azwan kepada mStar Online.

Sementara itu, suami kepada pelakon Ezzaty Abdullah ini berkata dia dan isteri bergilir-gilir mengenai penjagaan anak.

Memandangkan mereka tidak mempunyai pembantu rumah, Azwan dan Ezzaty perlu merancang jadual kerja supaya bayinya itu mendapat jagaan sepenuhnya daripada mereka.

“Jika saya ada penggambaran, Ezzaty akan cuti dan begitulah sebaliknya. Alhamdulillah buat masa ini tiada masalah tentang hal itu.

“Tunggu usia dia masuk enam bulan baru boleh kita fikir untuk cari penjaga. Sebolehnya, saya dan isteri mahu Harum membesar depan mata,” ujarnya.

Sebelum ini, Azwan dan Ezzaty berkahwin pada 16 Julai 2016 di Bentong, Pahang.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada 6 Disember tahun lalu.

Sumber : Mstar Online

Comel anak Azwan Kombos, Harum Dahlia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *