Boleh tahan juga suara Adi Putra, tersipu malu Mira Filzah

Sebaik pengumuman pelakon Adi Putra sebagai pemegang watak pahlawan Melayu, Mat Kilau menerusi filem epik berjudul sama, nampaknya ramai yang terkejut.

Masakan tidaknya, status Adi sebagai pelakon kelahiran Singapura dianggap kurang sesuai dengan tema filem sejarah yang cuba diangkat oleh pembikinnya, Studio Kembara.

Bagaimanapun, pemilihan itu tidak dianggap sebagai satu masalah besar buat pengarahnya, Syamsul Yusof.

Kata Syamsul, ketika membaca skrip dan jalan cerita dia sudah terbayangkan wajah Adi sebagai tonggak dan berasakan tidak seharusnya isu kewarganegaraan menjadi satu masalah.

“Sewaktu pemilihan dibuat syarikat produksi, saya juga terbabit sama. Bagi saya, latar belakang seseorang artis itu tidak sepatutnya menjadi isu.

“Apa yang penting, kami yakin Adi dapat membawakan watak itu dengan sempurna,” katanya

Kata Syamsul, Adi Putra memiliki ketokohan pahlawan yang mampu menterjemahkan karakter itu dengan baik ke layar perak.

“Sewaktu memilih pelakon, kami tidak hanya menitikberatkan keupayaan atau bakat dimiliki tetapi aura yang ada pada diri mereka untuk menjayakan watak.

“Menggalas watak Mat Kilau bukan tugas mudah. Pelakon yang dipilih perlu meletakkan emosi yang betul selain menyesuaikan diri

dengan babak aksi yang banyak diketengahkan dalam filem kelak,” katanya.

Selain Adi, filem Mat Kilau turut membariskan beberapa pelakon popular lain seperti Fattah Amin, Beto Kusyairy, Johan As’ari

Sumber : HM

Boleh tahan juga suara Adi Putra, tersipu malu Mira Filzah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *