Bila Star Lord cakap bahasa Melayu, berbelit belit lidah 😂

| |

(Tonton video penuh dibawah)

PEMBUKA tirai filem untuk bulan Jun tahun 2018 adalah filem dinosaur yang ditunggu-tunggu oleh ramai peminat filem bergenre aksi / thriller.

Menggunakan haiwan yang telah pupus ini sebagai subjek utama filem, Jurassic World: Fallen Kingdom terbitan Universal Pictures adalah sekuel kepada Jurassic World yang telah ditayangkan pada tahun 2015.

Filem ini masih membariskan hero dan heroin yang sama iaitu Chris Pratt sebagai Owen Grady dan Bryce Dellas Howard sebagai Claire Dearing serta ramai lagi pelakon lain dan ada beberapa penampilan cameo istimewa daripada pelakon asal filem “Jurassic Park” seperti Jeff Goldblum.

Filem ini adalah di luar jangkaan penulis sendiri kerana pada mula trailer filem ini tular di internet, ramai pihak beranggapan trailer ini telah membocorkan skrip dan juga plot filem.

Tetapi setelah menontonnya sendiri, ternyata ia filem yang “mind-blowing” dengan penuh “plot-twist” sepanjang 2 jam 10 minit tayangannya.

Biarpun ia cuma hiburan, namun filem ini juga mengajar kita bahawa kemusnahan alam dan kepupusan haiwan ini mungkin disebabkan oleh kita sendiri yang mencampuri dan mengganggu urusan alam semulajadi.

Adegan pembukaan filem ini sangat menarik dan penuh dengan easter egg atau pun rujukan kepada trilogi filem Jurassic Park dan juga filem Jurassic World 1.

Pengarah filem J.A Bayona, menggunakan signature move T-Rex di awal adegan filem untuk memastikan penonton melekat di kerusi dan tidak senang duduk menontonnya.

Garis masa filem ini berkisar pada tiga tahun selepas kejadian kemusnahan yang terjadi di taman tema dan resort mewah Jurassic World oleh dinosaur yang terlepas dari kurungan.

Isla Nublar, pulau yang menempatkan Jurassic World kini ditinggalkan oleh manusia, manakala dinosaur yang masih hidup kian terancam akibat gunung berapi di pulau itu yang bakal meletus.

 

Previous

Lain macam lagu Raya versi Achey ni

Dengarkan alunan Azan dari Atiq Azman, atau lebih dikenali sebagai Amirul menerusi drama NUR

Next

Leave a Comment

error: Content is protected !!