Bila Nazmi Adhwa Nyanyikan Deen Assalam untuk Ardell

 

(Video Dibawah)

“Jangan Takut Pasal Terapi Tu” – Nadzmi Adhwa Dedah Ardell Aryana Sedang Sakit Kanser?

Pelakon Nadzmi Adhwa mendedahkan teman rapatnya, Ardell Aryana kini sedang menderita sakit.

Biarpun tidak dinyatakan secara rasmi, Nadzmi seakan-akan memberikan bayangan pelakon wanita itu sedang sakit kanser.

Menerusi entri terbaharu di Instagram Nadzmi sendiri, pelakon itu memohon peminat untuk mendoakan kesihatan Ardell untuk kembali pulih seperti sedia kala.

Malah, demi mengelakkan khabar angin tidak sahih, Nadzmi turut menutup ruangan komen pada entri terbabit.

“Weh @ardellaryana jangan mengalah. Kau kata nak tengok aku kahwin kan. Kau kena kuat teruskan perjuangan.

“Allah menguji seseorang itu kerana Allah mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.

“Aku sahabat kau, kau pun tahu aku akan selalu ada untuk kau. Kau relax je okay.

“Kau kan kuat, kasar, gangster so jangan jadi cry baby macam aku okay.

“Jangan takut pasal theraphy tu badan kau lagi kuat dari besi. Kau boleh punya.

“Aku nak kau happy balik macam dalam video ni okay. Korang tolong doakan yang baik baik #MakCikBawang,” tulisnya.

Malah, di akaun Instagram Ardell pula, pelakon itu turut mengemaskini entri berkaitan luahan hatinya tentang peritnya menerima kenyataan, harapan dan takdir.

Menerusi entri terbabit, peminat mula menebak pelakon wanita itu sedang menderita sakit kanser tahap tiga dan mendoakan agar urusannya dipermudahkan.

Perkara yang perih adalah menerima sebuah ” kenyataan “πŸ‚ . Bertahun menerima sebuah kenyataan .. tidak mungkin kau mula menyerah sekarang! tetap bersemangat walau beribu kali engkau rebah lutut & tapak tangan jatuh ke tanah πŸ’ͺ🏻☺ kerana tanah dan kita akhir nya bersama . Dan apabila bersoal tentang HARAPAN πŸ¦‹… HARAPAN itu boleh dibina tapi tidak dengan BERHARAP πŸ•Š kerana jika engkau terlebih berharap lebih dari membina sebuah harapan β€œ engkau akan kecewa β€œ dengan 1 kemungkinan yang takdir nya berbeza dengan apa yang engkau berharapan . β€œTidak mengapa untuk BERSERAH , asal kan tidak MENYERAH ! β€œ πŸ€— #Dontlosehope . 1 set #yoursoulneedsme By @alwadelhijab πŸ§•πŸ».

A post shared by Ω†ΩˆΨ± Ψ§Ω„Ω‡Ψ―Ψ§ΩŠΨ© (@ardellaryana) on Jun 27, 2018 at 4:26am PDT

Nadzmi dan Ardell mula rapat semenjak mereka bergandingan menerusi drama Namaku Bedah pada 2015.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @ardellaryana, @nadzmiadhwa

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *