Bila Mehmet Bergurau Dengan Hazwan Bakri

 

(Video penuh dibawah)

 

IPOH 10 Julai – Johor Darul Ta’zim (JDT) merangkul gelaran juara Liga Super musim ini lebih awal setelah mengalahkan Perak 2-1 dalam perlawanan di Stadium Perak hari ini.

Ini adalah kali kelima berturut-turut JDT memenangi Liga Super apabila mengumpul 47 mata selepas 18 perlawanan.

Dengan baki empat perlawanan, kelebihan 16 mata yang dimiliki JDT tidak mampu untuk diatasi oleh Perak yang kini menduduki anak tangga kedua liga.

Perak memulakan perlawanan hari ini dengan kesedaran bahawa mereka mesti menang untuk menyekat JDT daripada muncul juara lebih awal dan misi mereka kelihatan hampir berjaya apabila memberikan persaingan sengit.

Namun, JDT jelas pa­sukan yang lebih hebat apabila hampir mendapat gol pertama menerusi percubaan terbaiknya tetapi sepakan Fernando Gaston Elizari pada minit ke-32 tersasar dari penjuru kiri gawang.

Perak pula hampir meme­cahkan kebuntuan jaringan pada minit ke-45 namun sepakan kaki kanan Gilmar yang ha­nya berdepan penjaga gol Mohd. Farizal Marlias terkena tiang.

Stadium Perak bergemuruh apabila Perak akhirnya membuka tirai jaringan pada minit ke-72 menerusi sepakan kaki kiri Mohd. Nor Hakim Hassan namun JDT menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-75 apabila ketua pasukan Harris Harun mena­nduk tepat bola sepakan bebas Muhammad Safawi Rasid.

Muhammad Safawi kemudian menjaringkan gol kemenangan Harimau Selatan apabila menanduk masuk bola hantaran lintang Gonzalo Gabriel Cabrera ketika permainan berbaki tujuh minit.

© Utusan Melayu (M) Bhd

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *