Bila azad nyanyi lagu bini sendiri.. Habiss

 

(Buka video kat bawah)

 

Ada Sebab Eira Syazira Sekeluarga Pindah Jakarta

Diam-diam ubi berisi, begitulah boleh diibaratkan aktiviti pelakon Eira Syazira. Menerusi penjelasannya baru-baru ini dalam sidang media, dia akan menetap di Jakarta bagi melebarkan lagi sayap di sana. Malah perkara tersebut turut mendapat sokongan suaminya, Azad Jasmin.

 

“Biarpun suami dan anak-anak ikut serta, tetapi meninggalkan keluarga dan tanah air untuk mencari kehidupan yang lebih baik di negara orang memerlukan kekuatan jiwa. Ada ketika perasaan takut menguasai diri, bimbang ditipu dan dipermainkan”

“Bagaimanapun, saya sudah hampir tiga tahun bernaung di bawah syarikat itu. Mereka melayan saya dengan baik hingga sanggup menunggu hampir tiga tahun. Sepatutnya, saya berhijrah ke Jakarta selepas melahirkan anak kedua, tetapi saya hamil tanpa sedar, tidak lama kemudian,” kongsinya kepada BH Online.

Tambahnya, dia ke Jakarta untuk merakamkan lagu keduanya malah segala persiapan di sana sudah diuruskan oleh suami tercinta.

“Kalau diikutkan, saya hanya mahu duduk di rumah menjaga tiga cahaya mata, apatah saya baru saja melahirkan anak ketiga. Bagaimanapun, Azad memberi semangat untuk saya melebarkan sayap ke Jakarta”

“Alhamdulillah, rumah dan kenderaan disediakan untuk saya. Saya akan ke Jakarta, lusa untuk rakaman lagu single kedua, tetapi kembali semula selepas urusan kerja selesai dan membuat persiapan berpindah,” katanya. (rtky/s)

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *