Best juga layan Arrian nyanyi petang-petang ni

Tomok Teringat detik awal kemunculannya setiap kali melihat Aiman Tino beraksi, penyanyi Tomok menurunkan petua kepada pelantun lagu Ku Hanya Sayang Padamu itu untuk bertahan lama.

Tomok yang mencipta nama dengan kumpulan Newboyz memberitahu, Aiman perlu kuat semangat menerima kecaman terutama daripada netizen.

“Aiman mengingatkan saya kepada zaman saya baru bertapak. Apabila melihat dia, saya nampak diri saya yang dulu. Gaya nyanyiannya juga sama ketika saya bersama-sama Newboyz.

“Ketika itu, saya juga tidak henti-henti dikritik,” katanya kepada BH Online.

Tomok berkata, Aiman perlu terus berusaha menjadi penyanyi yang baik kerana memiliki bakat yang boleh membawanya pergi jauh.

“Kita tak mahu penyanyi muda sekarang hanya timbul dengan satu atau dua lagu, kemudian hilang.

“Sebagai penyanyi senior, kita harus memberi semangat kepada generasi pelapis dan terus menyokong antara satu sama lain,” kata bekas juara program realiti televisyen (TV), One In A Million (OIAM) musim ketiga ini.

Sumber : BH

Best juga layan Arrian nyanyi petang-petang ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *