Awie dan Erra Fazira buat pickup line. suwittt sangat!!

 

Layan video dibawah :

 

PELAKON dan penyanyi Datuk Awie mengakui kehidupannya kini lebih tenang dan tidak terlalu mengikut emosi.

Malah katanya, dia kini bersikap lebih terbuka untuk bekerja dengan individu yang dahulunya pernah cuba ‘dijauhi’, misalnya Erra Fazira.

“Pengalamanlah yang banyak mendewasakan saya sebenarnya, kalau dahulu saya mudah marah dan melenting, sekarang situasi tak sama lagi.

“Saya lebih banyak melepak bersama keluarga berbanding keluar rumah.

“Malah, saya lebih terbuka. Tak ada guna untuk kita saling membenci satu sama lain kerana industri ini kecil sahaja.

“Contohnya Erra Fazira, kalau dahulu saya cuba elakkan diri daripadanya, sekarang kami berkawan baik sebab banyak tawaran kerja yang mahukan kami bersama,” katanya.

Awie yang ditemui pada majlis pelancaran filem Hantu Kak Limah di WOWKL, Kuala Lumpur baru-baru ini bakal menyaksikan gandingan sekali lagi bersama primadona Melayu itu untuk naskhah terbabit.

Awie yang mendukung peranan Husin akan ‘didampingi’ oleh Erra dalam beberapa babak dalam filem Hantu Kak Limah arahan Mamat Khalid itu.

Selain Awie, filem trilogi itu akan membariskan pelakon handalan antaranya Delimawati, Uqasha Senrose, Pekin Ibrahim, Jue Aziz dan penampilan khas Datuk Seri Vida.

Hantu Kak Limah bakal ditayangkan pada 9 Ogos 2018.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @awieofficial, Malaysia Kini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *