Amboii, Semangat betul Aaisyah dengan daddy dia sokong England

Dikenali sebagai selebriti yang sentiasa menitikberatkan penampilan, Rozita Che Wan yang mesra disapa Che Ta juga mahu suaminya, Zain Saidin melakukan perkara yang sama.

Disebabkan itu, Che Ta sering menasihatkan suaminya supaya mengawal berat badan untuk memastikan susuk tubuhnya sentiasa sedap mata memandang.

Namun, akui ibu kepada tiga cahaya mata itu, Zain agak sensitif apabila ditegur mengenai perubahan pada berat badannya, malah akan berkecil hati jika perkara yang sama berulang kali dibangkitkan.

“Dulu, saya selalu juga menegur apabila melihat perubahan pada susuk tubuhnya. Tetapi, Zain agak sensitif dan akan berkecil hati jika saya memberitahu badannya semakin berisi. Lama-kelamaan, saya biarkan saja dan tidak kisah lagi.

“Zain pula sebaliknya kerana dia tidak pernah mempersoal perubahan pada diri saya. Sama ada saya berisi atau sebaliknya, Zain tidak merungut. Dia terima saya seadanya. Tidak tahulah apakah itu pujian atau sebaliknya,” katanya berseloroh.

Seperti wanita lain, anak kelahiran Alor Setar, Kedah itu juga terpaksa berkorban untuk memastikan bentuk badannya terjaga. Memiliki ukuran pinggang 23 inci, Che Ta berkata, dia mempunyai cara tersendiri untuk mengekalkan bentuk tubuhnya.

“Ramai yang menyangka, saya tidak pernah berdepan masalah berat badan. Selepas melahirkan anak ketiga, Aaisyah Dhia Rana, berat saya naik mendadak. Ketika usia Aaisyah tiga bulan, berat saya mencecah 85 kilogram.

“Malu saya melihat badan sendiri ketika itu. Saya pula jenis suka makan dan tidak gemar bersenam. Saya lebih rela duduk di meja makan daripada bersusah payah melakukan senaman” katanya.

Sumber : BH

Amboii, Semangat betul Aaisyah dengan daddy dia sokong England

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *