Amboi Aisy Mateen besar sangat songkok tu

| |

PELAKON Yana Samsudin mengakui beberapa kali menajalani rawatan kesuburan Intrauterine Insemination (IUI) dalam usaha untuk mendapatkan anak kedua.

Menurut Yana, proses tersebut dilakukan di sebuah pusat perubatan swasta di ibu kota sebanyak tiga kali sekitar November tahun lalu sehingga Mac 2018 dengan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM20,000.

Bagaimanapun usaha tersebut belum berhasil dan Yana reda rezekinya buat ketika ini.

“Jujur saya sedih dan menitiskan air mata kerana memang mengimpikan untuk mendapat zuriat lagi.

“Saya anggap belum rezeki bersama suami untuk menimang cahaya mata kedua. Allah ada perancangan terbaik untuk setiap hamba-Nya,” katanya kepada sebuah akhbar.

Dalam pada itu, Yana mengakui mungkin kerana faktor kesibukan bekerja membuatkan proses rawatan yang dijalaninya itu kurang berkesan.

Katanya lagi, selepas beberapa kali membuat rawatan, doktor menasihatinya untuk berehat seketika sebelum meneruskan dengan rawatan kesuburan lain.

“Buat masa ini, saya banyak sibukkan diri dengan bekerja. Bagaimanapun saya selalu berdoa dikurniakan anak secepat mungkin dan tidak akan putus asa,” luah Yana.

Yana berkahwin dengan Fadzil Zahari pada 13 Februari 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Aisy Mateen, 2.

Sumber : SH

Amboi Aisy Mateen, besar sangat songkok tu

Previous

Selamba tiga sekawan ni menyanyi tengah2 orang ramai kat Jepun

Hayla Nyanyi Hindustan Dengan Daddy Aeril Zafrel

Next

Leave a Comment

error: Content is protected !!